|
Crystal Palace singkir Man Utd saingan suku akhir Piala LigaMANCHESTER: Bos Manchester United, Alex Ferguson memohon maaf kepada peminat United selepas skuad kendaliannya tumpas 2-1 di tangan kelab Liga Kejuaraan, Crystal Palace pada peringkat suku akhir Piala Liga kelmarin.\n\n\n\n Ferguson turut kecewa dengan cara pasukannya dikalahkan yang menyaksikan Da Silva dan Dimitar Berbatov terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Penyerang Bulgaria itu mengalami kecederaan buku lali dan bakal terlepas perlawanan Aston Villa esok.\n\n\n\n\n\n Palace kini bakal berdepan sebuah lagi kelab Liga Kejuaraan, Cardiff dalam saingan separuh akhir, manakala Manchester City bakal bertemu pesaing Liga Perdana, Liverpool dalam satu lagi pertemuan separuh akhir.Kekalahan kepada Palace adalah yang kesembilan buat United dalam siri kekalahan kepada kelab liga lebih rendah pada saingan Piala Liga sejak 1990 dan Ferguson hilang kata-kata ketika diminta mengulas mengenai perlawanan berkenaan.“Saya tidak tahu di mana hendak mulakan,” kata Ferguson. “Saya benar-benar mahu meminta maaf kepada peminat United kerana itu bukan permainan sebenar Manchester United. “Saya harap Palace mara ke final kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk kemenangan ini ketika kami mempamerkan aksi mengecewakan. Ketika permainan diheret ke masa tambahan, saya fikir kami akan menang, tetapi menghampakan.\n\n\n\n“Kami mengawal permainan tetapi tidak melakukan apa-apa dengan peluang itu.” Palace mendahului permainan menerusi rembatan Darren Ambrose sebelum Frederico Macheda menyamakan kedudukan, dan Glenn Murray menanduk masuk gol kemenangan pada masa tambahan. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|