CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

‘Malaysia makin liat’

[Copy link]
Post time 25-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kami lebih waspada kali ini: BahrainSAMA ada bersikap diplomasi atau sebaliknya, skuad bola sepak Bahrain menghambur pujian ke atas  Malaysia yang dianggap makin liat ketika ini.Jurulatih pasukan dari negara Teluk itu, Salman Shareeda beranggapan anak didik Ong Kim Swee pasti sukar ditewaskan dalam pertembungan Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.\n\n\n\n  “Kami tetap berwaspada dengan kemampuan Malaysia ketika ini,” katanya selepas sesi latihan, semalam.\n\n\n\n\n  “Kami ada melihat aksi Malaysia menentang Syria sebelum ini, nyata mereka sebuah pasukan yang sukar untuk ditewaskan.”Ketika sama, dia turut memuji beberapa pemain  skuad Harimau Muda yang beraksi cemerlang ketika menentang Syria tempoh hari walaupun tewas 0-2.“Ada beberapa pemain Malaysia yang bagus. Pemain nombor 12 anda (Muhamad Nazmi Faiz Mansur) ada kemampuan tinggi. Saya lihat dia menjana bahagian tengah dengan baik dan kita perlu lebih berhati-hati dengan pemain ini untuk mengelak dimalukan nanti,” katanya.Selepas tewas dalam dua aksi sebelum ini, Bahrain kelihatan lebih terdesak untuk mencari kemenangan menentang skuad kebangsaan, Ahad ini.\n\n\n\n“Kami datang ke Kuala Lumpur hanya untuk mencari kemenangan pertama kami. Kami perlukan tiga mata untuk menghidupkan peluang kami,” kata Salman.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048510 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list