View: 138|Reply: 0
|
Kacip fatimah mahu tembusi AS
[Copy link]
|
|
Pharmaniaga yakin ekstrak herba tempatan dapat sambutan pengguna\rPHARMANIAGA Bhd bercadang menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS) tahun depan menerusi pengenalan ekstrak herba tradisional tempatan, kacip fatimah selaras usahanya untuk menjadi pengeluar produk farmaseutikal terkemuka global.\r\n\n\n\n\r Pengarah Urusannya, Datuk Farshila Emran, berkata peneraju industri farmaseutikal di Malaysia itu kini dalam proses mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa AS untuk memasarkan ekstrak herba itu di negara berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, Pharmaniaga yakin ekstrak herba kacip fatimah itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan kerana pengguna produk farmaseutikal di AS lebih berminat kepada produk berasaskan herba semula jadi khususnya dari Asia.\r\"Pasaran produk berasaskan herba semula jadi amat besar di AS. Ramai pengimport di AS aktif meninjau herba dari Asia untuk digunakan sebagai ramuan menghasilkan ubat-ubatan di sana,\" katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.\r\"Jika kami berjaya menembusi pasaran farmaseutikal AS menerusi ekstrak kacip fatimah ini, ia akan memberi nilai tambah kepada produk syarikat, sekali gus mengangkat nama Pharmaniaga pada peringkat antarabangsa,\" jelasnya.\rFarshila berkata, selain itu, pengenalan di pasaran baru itu juga bagi membolehkan pihaknya menghasilkan produk farmaseutikal bagi pascamenopaus.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, ketika ini kebanyakan produk farmaseutikal bagi pascamenopaus di AS dihasilkan daripada Black Cohosh.\r\"Kini kami sudah mengenal pasti beberapa pengedar berpotensi di AS untuk memasarkan ekstrak herba kacip fatimah di negara ekonomi terbesar dunia itu,\" katanya.\rFarshila berkata, pengenalan ekstrak kacip fatimah di pasaran AS dijangka dapat meningkatkan sumbangan eksport kepada pendapatan syarikat berkenaan pada masa depan.\r\"Kami menyasarkan sumbangan eksport meningkat pada masa depan dipacu pengenalan ekstrak kacip fatimah di pasaran AS,\" katanya.\rPharmaniaga adalah anak Kumpulan Boustead dengan perniagaan terasnya terdiri daripada pengeluaran, penjualan dan pemasaran produk farmaseutikal generik, penyelidikan dan pembangunan serta pengagihan produk farmaseutikal dan pembekalan produk perubatan dan peralatan hospital.\rKini ia mempunyai operasi di 38 kawasan merentasi Malaysia, Indonesia dan Vietnam.\rPharmaniaga juga sedang giat meninjau peluang mengambil alih kilang farmaseutikal bersaiz sederhana di Indonesia dalam usaha memperluaskan kehadirannya di negara berkenaan.\rSelain mengambil alih kilang, pengeluar produk farmaseutikal itu juga meninjau peluang mengadakan kerjasama strategik dengan syarikat pengedar produk farmaseutikal di republik itu bagi pengilangan kontrak.\rBaru-baru ini, Pharmaniaga menjalinkan pakatan strategik dengan Modern Industrial Investment Holding Group Co Ltd dari Arab Saudi serta E*HealthLine Inc dari AS untuk memasarkan produk farmaseutikal di Asia Barat dan Afrika Utara.\rKerjasama yang terjalin itu membolehkan ketiga-tiga pihak meninjau potensi membina kilang farmaseutikal di Arab Saudi.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|