CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Cowok Ganteng: Betapa cetek mentaliti mereka

[Copy link]
Post time 23-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LEGENDA Garuda di Stadium Gelora Bung Karno kini tinggal mitos semata apabila provokasi dan gegak gempita lebih 100,000 penyokong tidak mampu menggugat semangat Harimau Muda meraih pingat emas pada edisi ke-26, malam kelmarin.\rBukan sekali, tetapi dua kali skuad tempang kendalian Ong Kim Swee diuji oleh tuan rumah dan keduanya berakhir dengan kemenangan buat negara. “Kami bukan saja diuji secara fizikal, malah mental juga,” kata Kim Swee.\r\n\n\n\n\r   Pengendali berasal dari Melaka itu bagaimanapun bernasib baik apabila ketempangan skuadnya diganti kaki besi yang menyaksikan pemain simpanan turut beraksi cemerlang terutama dalam perlawanan menentang Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan dan final.\r\r\n\n\n\n\n   Penulis dan rakan wartawan dari Harian Metro, Aziman Rosdi berpeluang merasai ujian mental dilalui Kim Swee dan anak buahnya apabila mengikut kumpulan penyokong Malaysia – Team Malaysia – menaiki bas ke stadium mengekori di belakang bas skuad negara.\rSepanjang jalan masuk ke perkarangan stadium, kedua-dua bas diiringi polis tidak dapat bergerak apabila penyokong tempatan menghalang kami dan ada yang bertindak membaling objek ke tingkap bas.\rSebagai wartawan, kami yang perlu sampai awal untuk mendapat tempat terbaik di kawasan media, sudah terasa seperti membuat kesilapan mengikut bas berkenaan kerana pasti lewat tiba ke stadium.\rSelepas lebih 40 minit menunggu untuk melepasi gangguan penyokong dari pagar ke pintu masuk stadium yang jaraknya tidak sampai 100 meter, kami akhirnya diturunkan di tepi padang dan terpaksa berjalan dalam kumpulan sambil diiringi polis ke tempat duduk penonton.\r\n\n\n\n\rDiejek “Balik! Balik!” oleh ribuan penonton dengan sebahagian besar daripada mereka termasuk kanak-kanak menunjukkan isyarat jari hantu dan penumbuk, kami terasa betapa ceteknya mentaliti mereka sebagai tuan rumah temasya yang sepatutnya menjalin perpaduan di kalangan negara rantau Asia Tenggara.\rBagaimanapun semua itu berbaloi dengan emas ke-59 negara dikutip oleh skuad bola sepak sehari sebelum temasya berakhir hasil kemenangan 4-3 pada penentuan penalti selepas seri 1-1 sebaik tamat masa tambahan.\rSyed Riduan

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.174897 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list