|
Sambutan kediaman mewah cermin reputasi mantap Sime Darby Property\rSIME Darby Property Bhd, anak syarikat Sime Darby Bhd berkata 75 peratus unit kediamannya di Subang Jaya yang dikenali sebagai Isola terjual dalam tempoh tidak sampai sejam selepas dilancarkan.\r\n\n\n\n\r Ia sekali gus mencerminkan prospek serta reputasi mantap bagi hartanah yang dibangunkan kumpulan itu khususnya di bandaraya pesat membangun seperti Lembah Klang serta bandar besar lain.\r\r\n\n\n\n\n Pengarah Urusannya, Datuk Abd Wahab Maskan, berkata daripada 115 unit kediaman yang ditawarkan, sebanyak 85 unit dijual membuktikan keyakinan pelanggan terhadap produk syarikatnya itu. \r“Sambutan hebat yang diberikan menunjukkan produk kami mendapat sambutan dan kami akan terus menawarkan produk menepati kehendak pelanggan dari segi harga dan keperluan jualan pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.\rIsola atau ‘Pulau’ dalam bahasa Itali adalah servis apartmen terdiri daripada dua blok menara 16 tingkat mengandungi 216 unit kediaman dengan keluasan antara 1,023 kaki persegi hingga 4,133 kaki persegi.\rNilai pembangunan kasarnya GDV) adalah RM220 juta dan harga setiap unit bermula dari RM679,888 dengan status pegangan bebas.\r\n\n\n\n\rIa terletak di lokasi strategik yang berhubung terus dengan lebuh raya utama serta berhampiran dengan stesen Komuter KTM, Pusat Perubatan Sime Darby; pusat beli- belah Empire Shopping Gallery, Subang Parade, Carrefour dan pusat pendidikan termasuk Kolej Taylor, Kolej Metropolitan, Monash University Sunway dan sekolah swasta Seri KL. \rPembinaannya direka khusus untuk privasi dan keselamatan penduduknya. Selain itu, antara kemudahan disediakan adalah kolam renang, gimnasium, taman permainan, dewan pelbagai guna serta hutan mini.\rIa menawar 12 pilihan reka bentuk berbeza dengan semua unit adalah unit tepi dan dirancang dengan teliti supaya dapat menikmati pemandangan terbaik di Subang Jaya.\rFalsafah Feng Shui turut diterapkan dalam pembangunan apartmen ini untuk memastikan ia adalah chi positif. Untuk maklumat lanjut mengenai hartanah itu, boleh hubungi Sime Darby Property di talian 1800 88 1118 atau layari laman www.simedarbyproperty.com.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|