CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Biotech Corp, MIGHT tubuh SPV

[Copy link]
Post time 22-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jalin kerjasama strategik bekal bahan mentah kepada pengendali biomas\rMALAYSIAN Biotechnology Corporation (Biotech Corp) menjalin usaha sama strategik dengan Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) untuk menubuhkan syarikat tujuan khas (SPV), MYBIOMASS Sdn Bhd, untuk membekalkan bahan mentah kepada pengendali biomas di negara ini.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal berkata, penubuhan syarikat itu adalah sebahagian daripada Strategi Biomas Kebangsaan bagi meningkatkan daya saing Malaysia dalam ekonomi bio dan menjadi hab kepada teknologi bio.\r\r\n\n\n\n\n  “Penubuhan syarikat ini dapat membantu perkembangan industri biomas di negara ini kerana ia akan menarik penyertaan syarikat biomas asing untuk melabur di negara ini,” katanya pada sidang media selepas perasmian pembukaan BioMalaysia 2011 dan Kemuncak RIM Pasifik 2011 Mengenai Tenaga Bio dan Industri di Kuala Lumpur semalam. Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\rMohd Nazlee berkata, pihaknya juga kini sedang berunding dengan dua pengeluar terbesar sawit di negara ini iaitu, Kumpulan FELDA dan Sime Darby Bhd untuk menjadi peserta kepada pengumpulan sisa sawit sebagai bahan mentah kepada syarikat pengendali biomas.\rBeliau berkata pihaknya berharap dapat memuktamadkan rundingan dengan kedua-dua pengeluar sawit terbesar di negara ini itu dalam tempoh enam bulan ini.\r“Ketika ini kami di peringkat akhir rundingan dengan Felda dan Sime Darby. Kami berharap dapat dimuktamadkan sebelum suku kedua tahun depan,” katanya. \r\n\n\n\n\rMohd Nazlee berkata, pihaknya berharap MYBIOMASS akan memulakan operasi membekalkan bahan mentah bagi kegunaan industri biomas tahun depan.\rMelangkah ke depan, beliau berkata, pihaknya juga mengalu-alukan pengeluar sawit lain di negara ini menjadi peserta kepada pengumpulan sisa sawit sebagai bahan mentah kepada pengendali biomas.\rMajlis pembukaan BioMalaysia 2011 semalam itu juga turut menyaksikan pertukaran 11 perjanjian kerjasama membabitkan peserta industri bio di negara ini dengan syarikat asing. \rAntaranya termasuk pertukaran dokumen perjanjian antara Biotech Corp dengan Intrasys Sdn Bhd dan Exoreus Sdn Bhd bagi penubuhan modal teroka dan dana ekuiti swasta bagi membangunkan industri bioteknologi Malaysia dengan potensi saiz dana bernilai AS$100 juta dan perjanjian kerjasama antara Bio-XCell dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke arah pembangunan pengetahuan dan modal insan berkemahiran, kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perkongsian sumber.\rSelain itu, Warisan Asal Sdn Bhd memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat berpangkalan di Jerman, ESG Kraeuter GmbH untuk bekerjasama sebagai rakan utama dalam ladang berskala besar, ladang kontrak serta perniagaan kepada perniagaan (B2B) berkaitan pembekalan herba kering sebagai bahan mentah kepada penghasilan produk huluan dan hiliran pasaran tempatan, rantau dan antarabangsa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050763 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list