CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

Arroyo tetap mahu ke Singapura

[Copy link]
Post time 18-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MANILA: Bekas Presiden Filipina, Gloria Arroyo, melewatkan lawatannya ke luar negara untuk mendapatkan rawatan, kata rakan bekas pemimpin itu semalam, memanjangkan ketegangan yang melagakan kerajaan dengan kehakiman.\rSepatutnya mengunjungi Singapura, bekas presiden yang berada dalam hospital kini berharap keadaannya bertambah balik sebelum dapat bertolak ke republik itu hari ini, kata jurucakapnya, Elena Bautista Horn.\r\n\n\n\n\r“Jika sihat, dia akan pergi ke Singapura esok,” kata Horn.\r\r\n\n\n\n\nArroyo, 64, terbabit dalam  perbalahan dengan kerajaan sejak Selasa lalu, apabila cuba mencabar larangan ke luar negara dikenakan ke atasnya oleh Presiden Benigno Aquino, yang mahu dia dibicarakan atas dakwaan rasuah dan penipuan dalam pilihan raya.\rArroyo dihalang menaiki penerbangan ke Singapura selepas diiringi Selasa lalu ke lapangan terbang Manila dengan berkerusi roda dan memakai pendakap leher untuk menyokong tulang belakangnya  yang dikatakan semakin lemah kerana penyakit tulang.\rKerajaan Filipina semalam menegaskan, Arroyo mesti berada dalam negara untuk berdepan siasatan rasuah, mencabar keputusan Mahkamah Agung, yang memutuskan bekas presiden itu bebas mendapatkan rawatan di luar negara.\rPeguam Arroyo, Raul Lambino, memberitahu wartawan, Arroyo membatalkan perjalanan kerana masalah kesihatan, sambil menambah dia lemah, mengalami tekanan darah tidak stabil dan bergantung kepada tiub.\r\n\n\n\n\rKatanya, kesihatan Arroyo yang semakin buruk mungkin disebabkan kejadian di lapangan terbang yang menyaksikan beliau berkerusi roda dikerumuni kakitangan lapangan terbang dan media ketika cuba meninggalkan Filipina.\rNamun Lambino berkata, Arroyo masih berazam untuk berlepas walaupun kesihatannya mungkin terancam.\r“Dia mengambil risiko. Dia akan ke lapangan terbang dan meminta untuk berangkat. Ia bukan rundingan. Jika Arroyo tidak melaksanakan haknya, ia bermakna kita tunduk kepada kepatuhan terhadap sesuatu yang tidak baikt,” katanya. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045069 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list