CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

Radiasi jejas pertanian Jepun

[Copy link]
Post time 16-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pencemaran Caesium-134, 137 terlalu tinggi\rTOKYO:  Kawasan ladang di sebahagian tempat di Jepun tidak lagi selamat kerana tanahnya dilanda pencemaran tinggi radiasi ketika negara itu terus bergelut untuk pulih daripada bencana nuklear Fukushima.\r\n\n\n\n\r   Sepasukan penyelidik antarabangsa berkata, kadar pengeluaran makanan bermungkinan ‘teruk terjejas’ berikutan kadar caesium yang tinggi ditemui dalam sampel tanah di seluruh kawasan timur Fukushima timur berikutan loji nuklear yang dilanda tsunami, lebur.\r\r\n\n\n\n\n   Kajian yang disiarkan dalam jurnal Laporan Akademi Sains Kebangsaan menunjukkan aktiviti perladangan di kawasan berdekatan juga mengalami pencemaran radiasi, walaupun tahap di sana masih lagi dalam had yang dibenarkan.\r“Fukushima secara keseluruhannya sudah teruk tercemar terutama di sebelah barat laut loji kuasa nuklear itu,” kata penyelidik berkenaan.\rKajian itu meneliti pencemaran caesium-137 yang boleh mencemari sesuatu kawasan sekurang-kurangnya 30 tahun dan memberi kesan kepada alam sekitar selama beberapa dekad.\rHad yang dibenarkan bagi kepekatan caesium dalam tanah membabitkan caesium-134 dan 137 yang biasanya dihasilkan bersama adalah 5,000 becquerel bagi setiap kilogram di Jepun.\r\n\n\n\n\r“Wilayah sebelah timur Fukushima melebihi had ini termasuk beberapa wilayah berjiran seperti Miyagi, Tochigi dan Ibaraki yang sebahagiannya hampir kepada had tertinggi,” kata kajian itu.\r“Tahap pencemaran yang dipantau dan dianggarkan di sebahagian barat Jepun tidaklah terlalu serius walaupun beberapa wilayah mungkin turut terjejas,” katanya.\r“Pencemaran di kawasan berkenaan adalah di bawah 25 becquerel bagi setiap kilogram iaitu jauh di bawah kadar yang dianggap bahaya untuk pertanian.\r“Walau bagaimanapun, kami amat mengesyorkan setiap wilayah segera mengambil sampel tanah di kawasan bandar untuk mengesahkan laporan kami.”\rKajian penyelidik itu menjangka, kadar pengeluaran makanan di wilayah timur Fukushima lebih teruk jika pencemaran caesium-137 melebihi 2,500 becquerel bagi setiap kilogram.\rAda juga berkemungkinan pengeluaran hasl tani di sebahagian wilayah jiran akan terjejas termasuk Iwate, Miyagi, Yamagata, Niigata, Tochigi, Ibaraki dan Chiba kerana mungkin mencatat tahap pencemaran lebih tinggi daripada 250 becquerel sekilogram,” katanya.\rKajian berkenaan diketuai Teppei Yasunari dari Persatuan Universiti Penyelidikan Angkasa dari Maryland, Amerika Syarikat.\rBeliau dan anggota pasukannya menggunakan pemerhatian harian di setiap wilayah Jepun dan menggunakan model serakan zarah-simulasi komputer berdasarkan corak cuaca.\rJepun mengambil langkah berwaspada terhadap kesan radiasi sejak gempa bumi dan tusnami yang melanda timur laut negara ini pada 11 Mac, melumpuhkan loji kuasa nuklear Fukushima.  – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.035882 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list