CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

Paras air tinggi di barat, timur Bangkok

[Copy link]
Post time 16-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Pusat bandar Thailand, Bangkok, mungkin terlepas daripada dinaiki air, meskipun arahan berpindah terus dikeluarkan di kawasan pinggir ibu kota dan ramai penduduknya menghadapi ujian getir  meneruskan kehidupan harian.Air semakin turun di beberapa bahagian di Bangkok, tetapi parasnya terus tinggi di sebelah barat tebing Sungai Chao Phraya dan di timur.\n\n\n\nJabatan Menghalang Bencana dan Pengairan berkata, 562 orang terbunuh dalam banjir tahun ini sejak Julai lalu dan 22 daripada 77 wilayah Thailand masih terjejas.\n\n\n\n\nPeniaga makanan semakin ramai kembali berniaga. Operasi pembersihan juga bermula, termasuk membuang air dari kedai dan membersihkan sampah  yang terapung sejak beberapa minggu lalu.Pihak berkuasa menganggarkan 16,000 penduduk berlindung di 163 pusat pemindahan mangsa banjir di Bangkok. Selain itu, kebanyakan tenaga kerja  kembali bertugas semalam, sementara sebuah taman yang menempatkan gajah bagi pelancong mula membawa pelawat ke ibu kota purba negara itu, Ayutthaya.Pihak berkuasa membuka semula taman gajah utama di Ayutthaya untuk menunjukkan kepada pelancong bahawa negara itu kembali normal berikutan banjir bersejarah yang menyebabkan lebih 550 mati seluruh negara. \n\n\n\nMalah, perdana menteri berkata, sesetengah tempat di Bangkok mungkin  terus banjir sehingga cuti Tahun Baru, walaupun air semakin surut.Taman Istana Gajah Ayutthaya menawarkan tunggangan gajah kepada pelancong di kawasan kuli purba yang diiktiraf Warisan Dunia UNESCO kira-kira 80 kilometer utara Bangkok. Pakar bimbang sekurang-kurang separuh daripada 200 biara yang digenangi air, kubu dan monumen lain di ibu kota diraja pada satu masa dulu, sudah dimusnahkan banjir paling teruk di Thailand dalam tempoh setengah kurun. – AP/Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.619957 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list