CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

Australia tahan budak Jakarta di lokap dewasa

[Copy link]
Post time 15-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SYDNEY: Agensi hak asasi Australia semalam mendakwa  warga Indonesia yang masih di bawah umur berisiko tinggi untuk ditahan di penjara orang dewasa di negara itu, selain mempersoalkan ketepatan penggunaan x-ray pergelangan tangan untuk menentukan usia sebenar.\rPeguam bagi Indonesia yang diupah kumpulan pendatang bot untuk mendapatkan perlindungan suaka berkata, bahawa kesilapan mengenai usia anak guam mereka, digabungkan dengan ketegasan kerajaan terhadap penyeludupan manusia menyebabkan kanak-kanak diletakkan di penjara dewasa.\r\n\n\n\n\r   “Penggunaan x-ray pergelangan tangan bagi menentukan usia menyebabkan kesilapan dalam menentukan umur sehingga menyebabkan kanak-kanak terbabit ditahan di penjara dewasa,” kata Presiden Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Australia, Catherine Branson.\r\r\n\n\n\n\n   “Saya bersama dengan Peguam Negara Komanwel mengenai penggunaan x-ray pergelangan tangan untuk menentukan usia dan keperluan untuk menyatakan risiko tinggi bahawa Australia menahan kanak-kanak di penjara dewasa sejak Februari tahun ini.”\rBranson berkata, ia  amat penting menentukan usia sebenar suspek kerana golongan di bawah umur biasanya dihantar pulang berbanding didakwa dengan kesalahan penyeludupan manusia, manakala kelompok dewasa berhadapan dengan hukuman penjara minimum lima tahun jika didapati bersalah.\r“Menahan seorang kanak-kanak dalam penjara dewasa adalah melanggar Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak,” katanya. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058715 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list