View: 175|Reply: 0
|
Banjir di Thailand surut, 562 maut
[Copy link]
|
|
BANGKOK: Ibu negara Thailand, Bangkok kelihatan sudah mulai surut daripada banjir yang melanda beberapa wilayah dan sekitarnya di utara, tetapi arahan berpindah masih dikeluarkan setiap hari di daerah luar manakala penduduk masih lagi berhadapan dengan minggu-minggu yang sukar.\rJabatan Saliran dan Pencegahan Bencana semalam berkata, seramai 562 penduduk maut dalam banjir yang melanda sejak Julai lalu dan sejumlah 22 daripada 77 wilayah di Thailand masih lagi terjejas.\r\n\n\n\n\r Banjir mulai surut di beberapa bahagian di Bangkok, tetapi disifatkan masih lagi tinggi di tebing barat sungai Chao Phraya, yang mengalami air pasang besar di Teluk Thailand serta di timur ibu negara itu di mana pihak berkuasa mengalihkan aliran banjir dari utara untuk melindungi kawasan tengah Bangkok daripada tenggelam. – Reuters/AP/Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|