CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Kedutaan Arab Saudi, Qatar kena serbu

[Copy link]
Post time 14-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk Syria bantah tindakan Liga Arab undi gantung keanggotaan negaraDAMSYIK: Penunjuk perasaan  menyerbu kedutaan Arab Saudi di ibu negara Syria semalam selepas Liga Arab mengundi untuk mengenakan sekatan terhadap keanggotaan Syria berikutan tindakan kerajaan negara itu yang melakukan kekejaman terhadap penentang kepada rejim Bashar Assad.\rAgensi rasmi Arab Saudi, Saudi Press Agency  melaporkan penunjuk perasaan memasuki pekarangan kedutaan di ibu negara Syria itu lewat kelmarin, memecahkan tingkap dan menyerbu beberapa kawasan di dalamnya. Laporan itu tidak memberikan maklumat lanjut mengenai kerosakan atau sama ada kedutaan itu beroperasi pada hari Ahad.\r\n\n\n\n\rAgensi  sama melaporkan  Arab Saudi mengutuk serangan yang dilakukan terhadap kedutaan mereka di Syria itu.\r\r\n\n\n\n\nIa mengatakan  serangan itu berlaku selepas beratus-ratus penunjuk perasaan melontarkan batu ke arah kedutaan itu berikutan keputusan yang dibuat Liga  Arab.\rMalah penunjuk perasaan pro rejim yang lain turut melontarkan telur dan tomato ke arah kedutaan Qatar.\rTunjuk perasaan dilaporkan turut berlaku di hadapan kedutaan Qatar, Turki dan Amerika Syarikat.\rDemonstrasi juga diadakan di beberapa bandar raya utama di Syria seperti Aleppo, Raqqa, Lattakia, Tartous, Hasaka dan Sweida.\r\n\n\n\n\rLaporan menyatakan beberapa penunjuk perasan memecah masuk ke kedutaan Arab Saudi manakala yang lain masuk melalui bumbung ke bangunan kedutaan Qatar dan mengibarkan bendera kebangsaan Syria.\rKumpulan penunjuk perasaan  lain melontar Kedutaan Qatar  dengan tomato dan telur sebagai membantah tindakan Doha  mengadakan sidang tergempar Liga Arab  dan  mengumumkan penggantungan keanggotaan Syria.\rSambil melaungkan slogan menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad, penunjuk perasaan kemudian berhimpun di depan kedutaan Turki dan Amerika Syarikat, mengutuk blok Arab kerana bertindak melakukan plot yang disifatkan mereka  mengikut telunjuk Amerika Syarikat.\rBantahan  sama diadakan di rangkaian berita Arab Saudi, Al-Arabiya dan Al-Jazeera yang berada di ibu negara Jordan, Amman.\rPenunjuk perasaan yang marah cuba untuk memecah masuk bangunan rangkaian berita itu yang dipersalahkan kerana mengikut agenda Amerika Syarikat dan Israel terhadap Syria.\rLiga Arab mengundi untuk menggantung aktiviti Syria dalam mesyuarat itu sehingga pelan damai yang dicadangkan badan berkenaan dilaksanakan kerajaan Syria.\rIa juga menggesa negara Arab memanggil pulang wakil mereka dari Damsyik dan menangguhkan sekatan ekonomi dan politik  terhadap Syria.\rPengumuman penggantungan keanggotaan Syria itu dibuat ketika  mesyuarat tergempar liga itu di ibu pejabatnya di Kaherah, Mesir.\rSyria berhadapan dengan kebangkitan berdarah sejak pertengahan Mac dan menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lebih 3,500 penduduk terbunuh dalam keganasan itu. Beratus pasukan keselamatan Syria adalah antara yang maut dalam kejadian berkenaan.\rKetika pembangkang Syria mendakwa operasi pasukan keselamatan terhadap apa yang dipanggil tunjuk perasaan anti kerajaan itu, Damsyik mendakwa  keganasan itu mendapat bantuan negara asing. \rBagaimanapun, pembangkang Syria  menyambut baik keputusan Liga Arab untuk menggantung keanggotaan negara itu berikutan kekejaman  dilakukan terhadap penunjuk perasaan dan menyifatkan  mereka juga bersedia untuk berbincang bagi merangka   perubahan.\rMajlis Kebangsaan Syria menyambut baik keputusan dikeluarkan Majlis Menteri Arab, menyifatkan ia sebagai satu langkah ke arah yang tepat dan kritikan jelas terhadap rejim Syria yang meneruskan pembunuhan dan mematahkan kempen,” kata  pegawai majlis.\rKeputusan ini  mengesahkan peranan Arab dalam menyokong penduduk Syria, kata seorang pegawai yang enggan namanya disebut yang  memetik satu kenyataan e-mel diterima AFP di Nicosia.\r“Apa yang dicapai setakat ini adalah satu keputusan semula jadi kesengsaraan yang dihadapi penduduk membabitkan rejim kejam dan penduduk Syria menerimanya,” katanya. – AP/AFP/Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.037874 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list