CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

Bursa Mingguan: Saham murah rangsang pasaran

[Copy link]
Post time 14-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ketidaktentuan ekonomi semasa dunia beri kesan terhadap FBM KLCIPASARAN saham tempatan mengalami kerugian teruk minggu lalu berikutan ketidaktentuan situasi pasaran global yang kini terpaksa berdepan pula kebimbangan jangkitan krisis hutang kerajaan blok Eropah dari Greece ke Itali.\rBagaimanapun, saham Pasaran ACE serta berwajaran kecil menikmati peningkatan mendadak berikutan penyertaan kukuh pelabur runcit.\r\n\n\n\n\r  Berikutan itu, indeks penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 8.76 mata atau 0.6 peratus untuk ditutup minggu lalu pada 1,468.75, berikutan kejatuhan kaunter mewah seperti IOI Corp (-17 sen), CIMB (-14 sen), Genting Bhd (-22 sen) dan Tenaga (-13 sen).\r\r\n\n\n\n\n  Purata dagangan harian meningkat kepada 2.3 bilion saham bernilai RM1.5 bilion, paras tertinggi sejak Februari, berbanding 1.63 bilion saham bernilai RM1.43 bilion pada minggu sebelumnya. \rWalaupun masih dibelenggu isu zon euro, perkembangan positif pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah pada Jumaat lalu harus menjadi penyumbang terbaik untuk pasaran tempatan minggu ini.\rKeputusan Perdana Menteri Itali meletak jawatan bagi membuka jalan kepada penggantinya, Mario Monti membentuk kerajaan baru untuk mula bekerja mencari langkah penjimatan serta jalan penyelesaian mengurangkan hutang negara itu yang berjumlah 1.9 bilion euro, dijangka membantu meringankan ketidaktentuan  dalam pasaran kewangan.\rPerkembangan itu dilihat amat penting berikutan hasil bon Itali bertempoh 10 tahun telah melepasi paras tujuh peratus minggu lalu, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa Itali mungkin boleh dipaksa memohon dana penyelamat bagi menyelesaikan masalah hutangnya.\r\n\n\n\n\rWalaupun campur tangan European Central Bank menurunkan kembali peratusan bon itu di bawah tujuh peratus buat sementara waktu, sebuah kerajaan yang stabil harus mampu menyediakan pelan ekonomi lebih rapi dan berwibawa bagi menenangkan pelabur dan menstabilkan kembali pasaran bon buat masa sekarang.\rBagaimanapun, harus diingatkan bahawa tidak ada jalan penyelesaian jangka pendek yang mampu menyelesaikan masalah Eropah.\rJusteru, langkah penjimatan yang bakal dilaksanakan blok negara itu akan memberi kesan penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memberi kesan kepada seluruh dunia.\rJadi, tidak hairan apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus Jumaat lalu di tengah-tengah kebimbangan terhadap ketidaktentuan dasar yang semakin meningkat.\rKeputusan mengekalkan OPR itu adalah dalam jangkaan pasaran. Bank Negara juga boleh memilih mengekalkan kadar itu pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) seterusnya pada 31 Januari depan berikutan ketidaktentuan global boleh menjejaskan prospek pertumbuh-an keseluruhan ekonomi dalam negara, khususnya dari segi permintaan luar.\rBersandarkan situasi semasa, saham AMMB dan Maybank serta saham berwajaran kecil seperti Supermax, MRCB, DRB-Hicom, Kencana dan SapuraCrest Petroleum dijangka akan menjadi rebutan pelabur minggu ini, sementara pasaran ACE dan saham bernilai kecil lain akan terus menarik minat pelabur runcit sejajar dengan jangkaan pilihan raya umum pada suku pertama tahun depan. \rBagi KLCI, rintangan semasa dijangka berada pada 1,529, sementara sokongan semasa ialah pada 1,420, disusuli 1,400 dan akhirnya pada 1,378.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.040213 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list