CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Cirit-birit jejas aksi

[Copy link]
Post time 13-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MASALAH cirit birit sedikit sebanyak mengganggu skuad renang negara dengan hanya dua pingat perak mampu diraih pada hari pertama saingan di Pusat Akuatik Jakabaring, semalam.\rBiarpun sembilan perenang negara menghadapi cirit birit, jurulatih Paul Birmingham tidak mahu menggunakan itu sebagai alasan persembahan hambar skuad negara.\r\n\n\n\n\r   “Secara peribadi, saya agak kecewa kerana jangkakan mereka boleh melakukan yang lebih baik namun pencapaian kuartet 4x100m rampaian wanita memuaskan, catatan masa tidak jauh daripada rekod kebangsaan,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n   Pingat perak negara disumbangkan kuartet – Khoo Chai Lin, Chan Kah Yan, Leung Chii Lin dan Marellyn Liew – dengan masa 4 minit 15.02 saat sementara Marellyn, sebelum itu merangkul perak acara 100m kuak kupu-kupu wanita dengan masa 1:01.92s.\rBirmingham berkata, Yap See Tuan yang sekadar di tempat keempat 200m kuak dada lelaki sangat kecewa kerana merasakan mampu menghasilkan keputusan lebih baik tetapi berdepan kekejangan otot kaki sebelum berlumba.\rDia meramalkan keputusan hampir sama bakal dipamerkan skuad negara, hari ini.\r“Perlumbaan di temasya ini berlangsung enam hari dan acara sasaran kita bukanlah pada dua hari pertama. Saya harap semua bersabar untuk emas pertama skuad renang,” katanya mengenai skuad renang yang disasar membawa pulang enam emas.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.417120 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list