CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

RM37.68b bangun dua projek minyak

[Copy link]
Post time 12-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PETRONAS, Shell sasar rizab perairan  Malaysia meningkatPENGELUAR minyak terkemuka, PETRONAS dan Royal Dutch Shell akan melabur AS$12 bilion (RM37.68 bilion) bagi  membangunkan dua projek penemuan minyak dipertingkatkan (EOR) di luar pesisir Sarawak dan Sabah.Kedua-dua projek  dikenali sebagai Baram Delta dan North Sabah itu adalah projek EOR luar pesisir terbesar di dunia setakat ini.\n\n\n\n  Projek dilaksanakan dalam tempoh 30 tahun itu dijangka meningkatkan hayat lapangan minyak di luar pesisir Sabah dan Sarawak sehingga 2040, sekali gus  meningkatkan rizab minyak Malaysia.\n\n\n\n\n  PETRONAS dan Shell semalam memeterai Kepala Perjanjian (HOA) bagi dua kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi membolehkan kedua-dua syarikat itu menjalankan aktiviti serta pelaburan untuk memanjangkan hayat serta meningkatkan faktor penemuan minyak di kedua-dua lapangan berkenaan.Berdasarkan perjanjian itu, Shell menerusi anak syarikatnya, Sarawak Shell Bhd (SSB), Sabah Shell Petroleum Company Ltd (SSPC) dan Shell Sabah Selatan Sdn Bhd (SSS)  serta rakan kongsinya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd akan membangunkan sembilan lapangan minyak di Baram Delta yang terletak di luar pesisir Sarawak dan empat lapangan minyak di kawasan pembangunan North Sabah yang terletak di luar pesisir Sabah dengan menggunakan teknik EOR atau teknologi lain yang bersesuaian.EOR dapat dilakukan menerusi suntikan gas, kimia, mikrobial atau penemuan termal. Sekitar 765 juta tong minyak rizab dijangka diperoleh menerusi peningkatan dalam kecekapan penemuan lapangan minyak, sekali gus menyumbang pertambahan pengeluaran  90,000 hingga 100,000 tong minyak sehari.Di samping itu, projek pembangunan EOR North Sabah berpotensi menjadi projek EOR Agen Surfaktan Polimer Beralkali (ASP) luar pesisir pertama di dunia membabitkan telaga mendatar.\n\n\n\nPengerusi Shell Malaysia, Anuar Taib, berkata perjanjian dimeterai dengan PETRONAS itu dijangka memberi kesan positif terhadap rizab minyak di negara ini.Katanya, perjanjian itu juga memberi manfaat   serta menambah nilai aktiviti huluan industri minyak dan gas di Malaysia.“Shell sebagai rakan kongsi jangka panjang, gembira dapat  menyumbang kepada aspirasi Malaysia menjadi ekonomi berpendapa-tan tinggi,” katanya dalam  kenyataan semalam. Berdasarkan perjanjian PSC, PETRONAS Carigali memegang 60 peratus kepentingan ekuiti dalam kontrak perkongsian pengeluaran Baram Delta (tamat 2018) dan adalah  pengendalinya manakala Shell memegang baki 40 peratus pegangan.Bagi perkongsian pengeluaran North Sabah (tamat 2019) akan dikendalikan  Shell, dengan setiap syarikat memegang sama rata 50 peratus kepentingan. Unjuran peningkatan purata faktor penemuan di lapangan Baram Delta dan North Sabah menyaksikan peningkatan 50 peratus daripada 36 peratus, di samping memberi nilai yang besar kepada industri huluan di Malaysia dan dapat bertahan untuk beberapa dekad akan datang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.222486 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list