CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

10 korban gempa bumi terbaru Turki

[Copy link]
Post time 11-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Berpuluh dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan VAN: Seorang pekerja Jepun adalah antara 10 yang terbunuh dalam gempa bumi kedua di timur Turki manakala sekumpulan penduduk yang  marah mengadakan bantahan menggesa  pihak berkuasa  menutup dua hotel yang musnah dalam kejadian gempa bumi yang pertama.Polis pencegah rusuhan menggunakan penyembur lada hitam untuk menyuraikan tunjuk perasaan.\n\n\n\n   Demonstrasi tercetus berikutan pekerja bantuan  menggunakan penyodok untuk mencari mangsa yang selamat dalam kejadian gempa bumi Rabu lalu yang melanda wilayah  sama digegarkan dengan gempa bumi pada 23 Oktober  mengorbankan 600 penduduk.\n\n\n\n\n   Sekurang-kurangnya 28 penduduk dibawa keluar dari runtuhan di Van berikutan usaha menyelamat  yang  berterusan sepanjang malam menggunakan lampu berkuasa tinggi. Sepuluh kematian dilaporkan dalam dua hotel yang runtuh.Mereka yang tertimbus termasuk sekumpulan wartawan Turki yang membuat liputan kejadian gempa pertama  mengakibatkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal ketika cuaca sejuk mula melanda di wilayah pergunungan itu.Timbalan Perdana Menteri, Besir Atalay berkata gempa kelmarin menumbangkan 25 bangunan di bandar Van, namun hanya tiga  dihuni sementara yang lain dikosongkan selepas mengalami kerosakan dalam gempa kuat bulan lalu.Gempa dengan magnitud 5.7 adalah susulan gempa dengan  kekuatan 7.2  23 Oktober lalu, mengorbankan lebih 600 orang.\n\n\n\nStesen televisyen CNN-Turk melaporkan pekerja penyelamat mempercepatkan usaha mencari mangsa terselamat pada waktu siang semalam, cuba membuka laluan dalam runtuhan. Pekerja menggunakan lampu berkuasa tinggi untuk bekerja sepanjang malam walaupun berlaku beberapa gegaran susulan.Atalay berkata pekerja penyelamat memberi tumpuan kepada dua tapak hotel yang runtuh dan sebuah bangunan pangsapuri. Pihak berkuasa pengurusan bencana berkata 28 mangsa yang terselamat ditarik keluar bersama tujuh mayat.Satu daripada bangunan yang runtuh adalah  Hotel Bayram, hotel terkenal di Van. Agensi berita Dogan Turki, berkata dua  wartawannya hilang.Sebilangan pekerja penyelamat asing yang membantu mangsa dalam gempa sebelumnya juga menginap di hotel itu.Persatuan Bantuan dan Penyelamat Jepun berkata seorang daripada anggotanya, Miyuki Konnai yang bergegas ke Turki untuk membantu mangsa dalam gempa sebelumnya, ditarik keluar hidup-hidup dari  Hotel Bayram namun seorang lagi kakitangan, Atsushi Miyazaki, meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.“Kami bercakap dengannya seketika, beliau berada di hospital,” kata Ikuko Natori kepada The Associated Press menerusi telefon dari Tokyo, Jepun, memaklumkan keadaan Konnai, 32.Natori, bagaimanapun, berkata mereka gagal menghubungi Miyazaki, 41.“Kami cuba menelefon telefon bimbitnya, ia berdering namun dia tidak menjawab,” kata Natori.Seorang jurukamera agensi berita Cihan, Turki,  Ozgur Gunes, berkata ada wartawan terperangkap menghantar mesej  meminta  diselamatkan.Beliau meninggalkan hotel sebelum gempa namun bergegas semula  mengambil kameranya apabila gempa melanda, tetapi mendapati bangunan itu sudah runtuh. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.780685 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list