|
Negara buka lebih banyak ladang baru untuk dahului Indonesia, Thailand MALAYSIA menyasar untuk kembali menjadi pengeluar getah terbesar dunia dengan memberi tumpuan membuka lebih banyak ladang baru terutama di Sabah dan Sarawak.Negara yang pernah menjadi pengeluar getah terbesar dunia sehingga 1987, kini berada di tempat ketiga di belakang Thailand dan Indonesia.\n\n\n\n Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan, berkata kerajaan kini berusaha memulihkan industri getah dengan menjalankan penyelidikan berterusan seperti membangunkan klon getah baru yang mampu meningkatkan hasil dan cepat ditoreh.\n\n\n\n\n Beliau berkata, selain memberikan tumpuan kepada Semenanjung, kerajaan turut memberikan tumpuan kepada Sabah dan Sarawak yang masih mempunyai banyak tanah sesuai untuk dijadikan ladang getah baru.“Ia akan mengambil masa untuk kembali menjadi nombor satu, mungkin beberapa tahun selepas ia terabai sejak negara mengamalkan dasar peralihan tanaman daripada getah kepada kelapa sawit,” katanya selepas merasmikan Pameran Perdagangan Plastik dan Getah Antarabangsa Malaysia (M-Plas) 2011 kelima di Kuala Lumpur, semalam.Selain itu, Jacob berkata, dalam Bajet 2012 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bulan lalu, turut mengumumkan peruntukan skim penanaman pokok getah di kawasan baru serta skim penanaman semula getah.“Peruntukan itu akan menyediakan peluang bagi pekebun kecil untuk menanam lebih banyak pokok getah pada masa depan,” katanya.\n\n\n\nBeliau berkata, berdasarkan harga getah masa kini, pihaknya yakin masa depan getah adalah cerah.“Harga getah akan terus meningkat, yang akan menterjemahkan kepada lebih banyak perolehan bagi negara ini,” katanya.Sebelum itu, Jacob dalam ucapannya berkata, industri getah menyumbang RM12.8 bilion kepada pendapatan eksport negara pada tahun lalu dengan produk getah mencatatkan dua peratus daripada eksport keseluruhan Malaysia.Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persatuan Pengilang Produk Getah Malaysia (MRPMA), Kong Ping Yee, berkata kedudukan Malaysia turun dari tempat teratas dari segi pengeluaran getah berikutan perubahan minat terhadap aktiviti hiliran dan pulangan lebih tinggi minyak sawit.Beliau berkata, sebelum ini, harga getah tidak begitu baik dan memerlukan tenaga buruh yang ramai menyebabkan banyak pihak beralih kepada tanaman kelapa sawit yang lebih menguntungkan.“Saya melihat sasaran untuk kembali menjadi pengeluar terbesar sebagai sesuatu yang realistik terutama melalui pembukaan lebih banyak ladang getah di Sabah dan Sarawak,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|