View: 2129|Reply: 5
|
FIFA tolak permohonan pakai jersi bunga popi England
[Copy link]
|
|
PEMAIN Arsenal, Robin Van Persie (kiri) memegang lambang bunga popi semasa perlawanan menentang West Bromwich di Stadium Emirates London pada Sabtu lalu.
LONDON - Harapan England untuk memakai sulaman bunga popi berwarna merah pada jersi mereka sebagai tanda penghormatan kepada pahlawan perang sekali lagi musnah selepas ia ditolak oleh badan induk bola sepak FIFA kelmarin, biarpun usaha tersebut mendapat campur tangan daripada kerajaan Britain.
Persatuan bola sepak Britain (FA) telah membuat permohonan khas kepada FIFA untuk memakai jersi itu untuk perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada Sabtu di Stadium Wembley.
Bunga popi merupakan simbol peringatan di banyak negara kerana ia menjadi tumbuhan pertama yang tumbuh di medan perang. Menteri Sukan Britain, Hugh Robertson dalam suratnya kepada FIFA menekankan betapa kuatnya perasaan rakyat Britain mengenai penggunaan bunga popi itu.
"Dengan dukacitanya kami ingin menegaskan bahawa penerimaan inisiatif sebegini akan membuka pintu kepada usaha-usaha sama dari seluruh dunia dan meletakkan sifat neutral bola sepak dalam bahaya," jelas FIFA dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh FA.
Bertegas dengan pendiriannya, FIFA mencadangkan kepada FA supaya menimbang opsyen lain misalnya bertafakur selama satu minit sebelum perlawanan dimulakan. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
menatang cam maner rupenya bunga popi tu? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm x kena je kalo ada bunga popi sekali kt jersi |
|
|
|
|
|
|
|
ingur-lish...
prrrfttthhhhhhhhhhhhhhhh...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|