CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1732|Reply: 2

PM Itali mahu letak jawatan

[Copy link]
Post time 10-11-2011 09:52 AM | Show all posts |Read mode



ROM - Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi mengesahkan beliau tidak akan bertanding dan menyatakan calon pilihannya Angelino Alfano akan mewakili partinya apabila Itali mengadakan pilihan raya baharu.

Berlusconi, 75, kelmarin berjanji akan meletak jawatan sebaik sahaja Parlimen meluluskan rang undang-undang reformasi ekonomi yang dituntut oleh Kesatuan Eropah (EU) bagi menghalang Itali daripada terjerumus lebih jauh ke dalam kancah hutang Eropah.
Kedua-dua dewan rendah dan dewan tinggi Itali dijangka mengambil masa beberapa minggu untuk meluluskan rang udang-undang berkenaan.

Sebaik sahaja Berlusconi berundur, Presiden Giorgio Napolitano perlu membuat konsultasi bagi membentuk sebuah pentadbiran baharu.

Berlusconi mahu pilihan raya diadakan pada awal tahun depan."Saya tidak akan menjadi calon, sebenarnya saya kini berasa bebas. Kini tiba giliran Alfano untuk menggalas cabaran tersebut," katanya.

Berlusconi memilih Alfano, 41, yang merupakan bekas menteri kehakimannya untuk memimpin Parti Kebebasan Rakyat (PLP) beberapa bulan lalu.Sementara itu, pengunduran Berlusconi berlaku selepas beliau memerintah Itali selama 17 tahun.
Pemimpin tersebut sebelum ini terselamat daripada beberapa skandal seks dan perbicaraan rasuah melibatkan dirinya.
Namun, Berlusconi yang juga pemilik kelab bola sepak Itali, AC Milan terpaksa akur terhadap tekanan ekonomi yang kini melanda Itali.

Negara Eropah itu kini memiliki hutang luar negara mencecah AS$2.6 trilion (RM8.1 trilion). - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2011 11:52 PM | Show all posts
byk sgt skandal
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 05:18 PM | Show all posts
sila la turun takhta ye tuan pm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060539 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list