CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

Filipina sedia bayar bil Arroyo

[Copy link]
Post time 10-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Permohonan bekas pemimpin dapat rawatan di luar negara ditolakMANILA: Kerajaan Filipina semalam menawarkan membawa doktor dari luar negara untuk merawat bekas pemimpin, Gloria Arroyo selepas menolak permohonan Arroyo mendapat rawatan di luar negara.\rManila juga enggan menarik balik pengharaman terhadap Arroyo ke luar negara bagi mendapatkan rawatan atas kebimbangan bekas pemimpin itu mengelak daripada  tuduhan rasuah terhadapnya.\r\n\n\n\n\r   Malah, Presiden Benigno Aquino berkata pentadbirannya sedia membayar bil  biopsi tulang Arroyo di Filipina.\r\r\n\n\n\n\n   “Kami mahu  Arroyo segera pulih tetapi  jika kami benarkan tertuduh dalam kes tiada ikat jamin berkunjung ke negara luar yang tiada perjanjian ekstradisi dengan Filipina, sedangkan hospital di sini boleh buat rawatan sama, adakah itu adil?\r“Jika beliau memilih untuk tidak pulang, bagaimana kita boleh membuatnya memberi jawapan atas tuduhan itu?” kata Benigno.\rPada masa ini, Arroyo, wakil rakyat bandar asalnya di Pampanga, tengah Filipina dan suaminya, Jose Miguel  Arroyo, meminta Mahkamah Agung membenarkan mereka ke luar negara atas alasan langkah memasukkan nama mereka dalam senarai pemerhati Biro Imigresen sebagai melanggar perlembagaan.\rDalam rayuan berasingan, pasangan itu meminta mahkamah membatalkan pekeliling dikeluarkan Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima yang meletakkan mereka dalam senarai itu.\r\n\n\n\n\rMereka juga meminta mahkamah mengeluarkan injuksi sementara ke atas pelaksanaan arahan Jabatan Kehakiman.\rArroyo meminta kebenaran ke luar negara bagi mendapatkan rawatan kelenjar paratiroid selepas tiga pembedahan gagal merawat saraf lehernya di Pusat Perubatan St Luke, pinggir Taguig, awal tahun ini.\rDe Lima secara rasmi melarang Arroyo meninggalkan negara itu kerana beberapa destinasinya membabitkan negara tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Filipina.\rArroyo kini menjalani pemulihan dengan baik, berdasarkan kenyataan doktornya di St Luke dan penilaian Setiausaha Kesihatan (yang juga seorang doktor), Enrique Ona, kata de Lima.\rBeliau juga merujuk kenyataan Persatuan Perubatan Filipina bahawa Arroyo boleh mendapatkan rawatan pakar tulang tempatan.\rArroyo dan suaminya diletakkan dalam senarai pemerhati 28 Oktober lalu selepas Jabatan Kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Senator Aquilino Pimentel menamakan mereka responden dalam dua kes sabotaj pilihan raya.\rBagaimanapun, Gabungan Nasionalis Rakyat (NPC), diasaskan ahli perniagaan bilionaire Eduardo Cojuangco Jr, bapa saudara Presiden, menyokong permohonan Arroyo  mendapatkan rawatan perubatan di luar negara. – Agensi/AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.281601 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list