View: 154|Reply: 0
|
Rangkaian radio Media Prima terus catat pertumbuhan
[Copy link]
|
|
RANGKAIAN radio Media Prima Bhd terus mencatatkan pertumbuhan dari segi jumlah pendengar sekali gus meletakkan stesen Hot FM, Fly FM dan one FM antara stesen radio utama negara.Kaji selidik terkini The Nielsen Company menunjukkan semua stesen radio kumpulan itu mencatatkan peningkatan pendengar antara sembilan peratus hingga 30 peratus.\n\n\n\n Hasil kaji selidik Ukuran Pendengar Radio Nielsen, Gelombang 2 2011 itu mendapati jumlah pendengar Hot FM kini hampir mencecah 3.6 juta apabila mencatatkan peningkatan 122,000 pendengar berbanding tahun lalu, sekali gus meletakkannya sebagai radio nombor dua negara.\n\n\n\n\n Dari segi demografik bawah umur 35 tahun, Hot FM mengekalkan kedudukan sebagai radio nombor satu dengan mendominasi kategori pendengar golongan profesional, eksekutif, pengurus dan ahli perniagaan dan pelajar.Fly FM pula memperoleh lonjakan daripada rombakan yang dilaksanakan Julai lalu apabila mencatatkan peningkatan memberangsangkan sebanyak 30 peratus jumlah pendengar, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai radio berbahasa Inggeris kedua negara.Keluarga baru rangkaian radio Media Prima, One FM yang beroperasi dalam dua dialek Cina iaitu Kantonis dan Mandarin pula mencatatkan kenaikan pendengar sembilan peratus.Kenaikan itu meletakkannya sebagai stesen radio berbahasa Cina nombor dua negara dalam tempoh operasinya kurang dari tiga tahun apabila berjaya menguasai demografik 18 hingga 29 tahun.\n\n\n\nKetua Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, berkata persaingan dunia penyiaran radio ternyata semakin kompetitif dalam menyediakan hiburan serta maklumat terkini kepada pendengar dan hasil kajian itu menunjukkan kecenderungan pendengar yang semakin bijak menilai serta memilih.“Rangkaian Radio Media Prima sentiasa mementingkan kualiti pengisian bagi setiap stesen, oleh itu, sangat penting untuk kami kekal relevan kepada pendengar dari segi muzik, maklumat serta aktiviti yang dijalankan.“Maka, kami menjadikan ketiga-tiga elemen ini sebagai titik fokus utama untuk bersaing dalam dunia radio yang lebih kompetitif.“Justeru, bagi Hot FM, pengukuhan jenama di kawasan Pantai Timur akan turut menjadi agenda penting kami pada 2012 nanti,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|