|
Anak didik Kim Swee pilih laluan berliku seri dengan SingapuraSKUAD negara gagal menampilkan karakter sang juara ketika hakikatnya membazirkan dua mata daripada mampu mengutip satu mata ketika sekadar seri 0-0 menentang Singapura dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di Gelora Bung Karno, semalam.\n\n\n\nJelas pencapaian agak hambar juara bertahan itu melesetkan sasaran pengendali pasukan, Ong Kim Swee namun dia tetap lega kerana barisan pertahanan diterajui Muslim Ahmad bekerja keras memastikan gawang negara tidak dibolosi.\n\n\n\n\n“Memang kita bermula agak perlahan untuk tempoh 20 minit pertama tetapi selepas itu kita mengawal permainan hingga tamat,” kata Kim Swee yang turut mengakui ketumpulan jentera serangan menyebabkan banyak peluang terhidang gagal disempurnakan.“Kami memang tidak mempunyai pilihan penyerang yang luas, tetapi dengan Syahrul Azwari (Ibrahim) yang baru berusia 18 tahun menunjukkan prestasi memberangsangkan, saya yakin dalam sedikit masa lagi dia akan menjadi penyerang berbisa.“Walaupun seri saya tidak rasa misi mempertahankan kejuaraan sudah tersasar kerana masih ada baki tiga perlawanan. Saya yakin pemain akan memperbaiki persembahan dari masa ke masa.\"Kim Swee juga tidak mahu memperbesar-besarkan isu pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada pasukannya apabila Fandi Othman dijatuhkan di dalam kotak pada babak kedua, sebaliknya merasakan anak buahnya perlu bekerja lebih keras dalam mencari peluang gol.\n\n\n\n“Dari pandangan saya, seharusnya sepakan penalti diberikan tetapi pengadil mungkin mempunyai pandangan berbeza dan keputusannya adalah muktamad. “Saya tidak boleh mengharapkan penalti itu saja untuk memberikan kemenangan, pemain perlu berusaha mencipta lebih banyak peluang,” katanya.Untuk berita mengenai acara Sukan Sea 2011 selanjutnya, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|