CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Isu maritim boleh cetus perang

[Copy link]
Post time 5-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Vietnam percaya pertikaian perairan dapat selesai ikut akta antarabangsa\rHANOI: Seorang diplomat Vietnam memberi amaran, ketegangan perebutan wilayah di Laut China Selatan boleh mengakibatkan  konflik berskala besar kecuali negara jiran yang bertelagah mematuhi undang-undang antarabangsa.\r\n\n\n\n\rPresiden Akademi Diplomatik Vietnam, Dang Dinh Quy, memberitahu satu persidangan di Hanoi mengenai pertikaian maritim bahawa kepentingan laut bagi keamanan serantau menjadi semakin jelas.\r\r\n\n\n\n\n   “Wilayah Laut China Selatan masih berdepan masalah  dan ia boleh  membawa kepada konflik berskala besar jika pihak yang terbabit tidak dapat mengawal diri dan menghormati prinsip asas undang-undang antarabangsa,\" katanya memberi amaran.\rForum berkenaan berlangsung ketika kemarahan memuncak berikutan tuntutan bertindih antara Beijing dan beberapa negara jiran serantau termasuk Vietnam  yang tertumpu pada rangkaian pulau strategik di perairan yang kaya dengan minyak itu.\rQuy berkata permusuhan akan meningkatkan risiko konflik ‘jika masyarakat antarabangsa gagal bertindak balas terhadap  krisis yang berlaku’ dengan sepatutnya, tetapi menambah kawasan terbabit pada dasarnya masih lagi aman.\rBeijing mendakwa mempunyai kedaulatan terhadap pulau di Laut China Selatan itu yang menjadi laluan perdagangan global utama. Negara itu menuntut kepulauan Spratly bersama negara lain yang bersaing termasuk Vietnam, Filipina, Taiwan, Brunei dan Malaysia.\r\n\n\n\n\rChina dan Vietnam sejak sekian lama turut berbalah dalam pertikaian kumpulan kepulauan Paracel.\rFilipina dan Vietnam mengadu gangguan semakin meningkat terhadap nelayan mereka oleh kapal China di rantau berkenaan.\rBulan lalu, China dan Vietnam berikrar untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui rundingan mesra, kata agensi berita rasmi Xinhua.\rVietnam turut menyokong rancangan dari Manila untuk satu mewujudkan satu zon keamanan di kawasan pertikaian terbabit pada Oktober. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049268 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list