CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Rakyat Iran laung slogan kutuk Amerika

[Copy link]
Post time 5-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TEHRAN: Beribu-ribu rakyat Iran melaungkan slogan ‘Mati Amerika’ sempena memperingati ulang tahun rampasan Kedutaan Amerika Syarikat pada  Jumaat 1979, dengan tindakan simbolik dan ucapan mengutuk tuduhan Washington berhubung Iran merancang plot pembunuhan.\rPerayaan tahunan di depan  apa yang digelar rakyat negara itu sebagai ‘sarang pengintip’ turut digunakan tahun ini sebagai landasan memuji kebangkitan penduduk negara Arab, dipanggil kebangkitan Islam dan mengutuk Israel.\r\n\n\n\n\rSebahagian penunjuk perasaan yang rata-ratanya masih muda mengambil bahagian membakar bendera Amerika dan Israel serta gambar Presiden Barack Obama. \r\r\n\n\n\n\nSetiausaha Majlis Keselamatan Agung Kebangsaan, Saeed Jalili, memberitahu penunjuk perasaan kerajaan mempunyai bukti tidak dapat disangkal menunjukkan Washington menyokong dan melatih pengganas menentang Iran.\rBeliau mengibarkan beberapa helai kertas dan berkata ia adalah dokumen yang menyokong dakwaannya.\rSaeed tidak memberikan maklumat terperinci tetapi berkata Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung badan dunia itu, Ban Ki-moon, dalam usaha mengambil tindakan diperlukan terhadap tindakan biadap itu.\rKetegangan antara Iran dan Amerika semakin memuncak bulan lalu apabila pegawai Amerika menuduh Teheran mendalangi plot membunuh duta Arab Saudi ke Washington.\r\n\n\n\n \rIran menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan dalam dakwaan itu dan menghantar surat menuntut Washington meminta maaf. Ia menyifatkan tuduhan itu sebagai usaha Amerika mengalihkan perhatian daripada masalah ekonomi domestik dan dasar yang gagal di Asia Barat.\rJalili melaungkan nama ketua unit elit Iran, pasukan Quds, Qasem Soleimani, yang didakwa Amerika sebagai perancang utama pembunuhan itu.\rDalam perkataan yang ditujukan kepada Amerika, Jalili berkata: “Dengan sokongan rakyat, salah seorang komander pasukan pertahanan, Qasem  Soleiemani, sudah cukup meletakkan anda di tempat sepatutnya.” – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.055861 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list