CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

APTEC mula dibina tahun depan

[Copy link]
Post time 5-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MPCorp perlukan rakan strategik jayakan projek bernilai RM2.9 bilion\rMALAYSIA Pacific Corporation Bhd (MPCorp) akan memulakan kerja pembinaan Bandar Ekspo dan Perdagangan Asia Pasifik (APTEC) bernilai RM2.9 bilion di Iskandar Malaysia tahun depan.\r\n\n\n\n\r  Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Bill Ch’ng, berkata ketika ini syarikat itu sedang berunding dengan beberapa pihak tempatan dan luar negara yang berminat untuk menjadi rakan strategiknya bagi membangunkan projek itu.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, MPCorp memerlukan rakan strategik menjayakan projek itu bagi mendapatkan kepakaran mengendalikan bandar itu kerana ia adalah pusat perdagangan antarabangsa.\r“Kami berharap dapat memuktamadkan rundingan dengan rakan strategik berpotensi bagi membangunkan projek ini dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di Forum Ekonomi China Dunia Kali Ketiga di Kuala Lumpur semalam.\rCh\'ng berkata, kerja pembangunan projek APTEC dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang.\rBeliau menjelaskan APTEC mempunyai lima komponen utama iaitu pusat ekspo dan perdagangan, menara pejabat, hotel bertaraf dunia, kediaman, dan pusat halal serta gedung runcit.\r\n\n\n\n\rKatanya apabila siap kelak, APTEC akan menjadi pemangkin kepada pembangunan Iskandar Malaysia serta menjadi hab serantau bagi aktiviti dagangan dan penyumberan.\r“APTEC menyediakan platform dagangan yang unik dengan membawa bersama peserta pembuatan, peruncit dan pedagang dari pelbagai negara di bawah satu bumbung, sekali gus menjadikan ia sebagai hab kepada semua pihak,” katanya.\rProjek APTEC adalah sebahagian daripada pembangunan bercampur dan pusat peranginan di kawasan seluas 264 hektar di LakeHill Resort City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) antara RM6.5 bilion dan RM8 bilion.\rAPTEC dan LakeHill Resort City dibangunkan oleh LakeHill Resort Development Sdn Bhd, iaitu syarikat usaha sama antara MPCorp dan AmanahRaya Development Bhd.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.073740 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list