|
LIVERPOOL: Kenny Dalglish mengakui pasukan Liverpool kendaliannya perlu bersabar apabila mereka melayan kunjungan Swansea hari ini, yang baru dinaikkan ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).\rPermulaan musim buat The Reds dicemari dengan prestasi buruk di gelanggang sendiri, yang menyaksikan mereka hanya meraih dua kemenangan daripada lima perlawanan. Mereka seri dengan Sunderland pada hari pembukaan liga dan diikat oleh Manchester United dan Norwich, selain bergelut untuk menewaskan Wolves.\r\n\n\n\n\r Swansea pula menunjukkan prestasi memikat sejak dinaikkan ke saingan EPL menerusi playoff Liga Kejuaraan tetapi hanya berjaya meraih satu mata di gelanggang lawan di Stadium Liberty.\r\r\n\n\n\n\n Apapun, Dalglish menegaskan, pasukannya tidak akan berasa bimbang jika mereka tidak dapat menjaringkan gol awal menentang kelab dari Wales itu.\r“Ia adalah perlawanan yang mana kami perlu sangat bersabar. Mereka menghantar bola dengan baik, menggerakkannya dengan baik,” katanya.\r“Swansea mungkin menguasai sebahagian permainan nanti, kita harus menerimanya. Meskipun Swansea adalah satu daripada pasukan yang baru dinaikkan ke EPL, mereka mempunyai pungutan mata yang bagus.” - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|