CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pungutan suara jejas saham Asia

[Copy link]
Post time 4-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Perancis, Jerman bimbang undian  tingkat kegagalan Greece   bayar hutang\rPASARAN saham Asia dan mata wang euro merosot semalam apabila wujud amaran  pelan menyelamatkan Greece berpotensi terjejas berikutan pungutan suara yang akan dilakukan negara itu terhadap urusan pinjamannya boleh meningkatkan  prospek Greece gagal membayar hutangnya.\r\n\n\n\n\r  Perancis dan Jerman menyatakan kebimbangan mereka kepada Perdana Menteri Greece, George Papandreou, bahawa beliau harus memastikan pungutan suara yang dilaksanakannya harus diadakan secepat mungkin supaya pelan menyelamat berupaya diterjemahkan kepada  tindakan.\r\r\n\n\n\n\n  Dua negara itu memberi amaran, jika Athens tidak mengikut syarat perjanjian yang telah dipersetujui itu, Greece tidak akan memperoleh ‘satu sen’ pun daripada dana menyelamat yang  dirancang itu.\r“Adakah Greece mahu kekal sebahagian daripada zon euro atau tidak? Itu adalah soalan yang perlu dijawab rakyat Greece kini,” kata Canselor Jerman, Angela Merkel.\rDengan masyarakat Greece yang sudah mulai bosan terhadap masalah yang sedang dihadapi negara itu, wujud kebarangkalian  mereka akan mengundi ‘Tidak’ dalam pungutan suara yang sedang dirancangkan itu.\rJika berlaku, ia akan mengakibatkan Greece dan negara zon euro lain dilanda keadaan huru-hara yang teruk, sekali gus mewujudkan satu lagi krisis kewangan global.\r\n\n\n\n\rPasaran saham Hong Kong merudum 2.49 peratus, atau 491.21 mata kepada 19,242.50, Sydney mengakhiri dagangan 0.30 peratus lebih rendah atau kehilangan 12.7 mata kepada 4,171.9 dan Seoul susut 1.48 peratus atau 28.05 mata kepada 1,869.96. Pasaran saham Tokyo ditutup sempena  cuti umum semalam.\rNilai euro jatuh kepada AS$1.3688 dalam dagangan lewat petang di Asia daripada AS$1.3746 di New York petang semalam.\rMata wang itu turut merosot kepada 106.81 berbanding yen berbanding 107.28 yen dalam dagangan di New York.\rPeniaga mata wang kanan di Phillip Futures Singapura, Simon Teo, berkata pungutan suara yang dilaksanakan Papandreou itu hanya akan  melemahkan lagi nilai euro berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).\r“Rancangan pungutan suara itu akan melemahkan  nilai euro dan ia adalah punca kenapa nilai mata wang itu kian  lemah berbanding dolar AS,” katanya. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050800 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list