|
Penyanyi Pop Remaja hadapi saman jalani ujian darah\rLOS ANGELES: Seorang wanita California berusia 20 tahun memfailkan saman terhadap ikon pop remaja terkenal dari Kanada, Justin Bieber menuduhnya adalah bapa kepada bayi lelakinya berusia tiga bulan.\r\n\n\n\n\rWanita yang membuat tuduhan sensasi itu mendakwa, Bieber memberitahunya hubungan seks mereka adalah ‘kali pertama’ dia berasmara, lapor majalah Star yang melaporkan perkara itu secara eksklusif.\r\r\n\n\n\n\nMariah Yeater menuntut penyanyi terbabit menjalani satu ujian darah untuk ‘mengesahkan secara saintifik’ beliau bapa kepada kanak-kanak terbabit, kata dokumen mahkamah yang diperoleh Star.\rSaman terbabit difailkan pada akhir bulan lalu dan Yeater meminta mahkamah supaya Bieber ‘memberikan nafkah sepatutnya kepada anaknya’.\rDalam satu afidavit ditandatangani bawah nama Yeater, katanya, beliau berusia 19 tahun ketika menjalin hubungan seks dengan bintang di bawah umur terbabit di belakang pentas ketika satu konsert di sini.\rBagaimanapun, wakil Bieber berulang kali menafikan dakwaan itu. Pada masa sama, mahkamah menetapkan satu perbicaraan diadakan yang dijangka akhir tahun ini.\r\n\n\n\n\rDalam satu kenyataan kepada laman berita web, wakil Bieber juga menekankan: “Kami belum lagi melihat saman terbabit tetapi amat menyedihkan sekali bahawa seseorang mengada-adakan perkara ini, membuat fitnah dan dakwaan palsu.\r“Kami akan berusaha bersungguh-sungguh menggunakan semua penyelesaian dari segi undang-undang untuk mempertahankan dan melindungi Justin terhadap semua tuduhan berkenaan.”\rDalam satu afidavit yang ditandatanganinya, Yeater memberitahu, seorang pengawal keselamatan Bieber mendekatinya dan bertanya jika mahu bertemu Bieber dan seterusnya membawanya ke belakang pentas.\r“Jelas sekali kami tertarik antara satu sama lain dan kami mula berciuman. \rSebaik saja selepas itu, Bieber mencadangkan saya mengikutnya ke sebuah tempat lain supaya mereka tidak diganggu,” katanya. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|