View: 137|Reply: 0
|
Agihan tak amal antipembolotan
[Copy link]
|
|
Pertukaran saham pakatan MAS, AirAsia tidak akan wujud monopoli\rPAKATAN antara Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd menerusi langkah pertukaran saham tidak akan mewujudkan amalan monopoli oleh kedua-dua syarikat penerbangan itu, kata Pengerusi Airasia X Bhd, Tan Sri Rafidah Aziz.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata, pertukaran saham itu juga tidak akan menyebabkan wujudnya sebarang amalan yang melanggar undang-undang antipembolotan agihan kekayaan.\r\r\n\n\n\n\n “Kami (AirAsia dan MAS) dikawal dengan undang-undang antipembolotan agihan kekayaan di luar dan dalam negara khususnya apabila undang-undang persaingan dikuatkuasakan tahun depan.\r“Kami tidak akan boleh berbuat apa-apa yang melanggar sebarang undang-undang antipembolotan,” katanya pada sidang media sempena persidangan Forum Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur, semalam.\rSuruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini sedang mengkaji kesan yang mungkin timbul daripada pakatan MAS-AirAsia terhadap pasaran tempatan, dan akan menasihati kedua-dua syarikat penerbangan itu dalam semua bidang.\rKatanya, pakatan itu akan membolehkan langkah penurunan kos dibuat oleh kedua-dua syarikat dan ia akan memanfaatkan penumpang apabila syarikat berkenaan boleh menyediakan perkhidmatan lebih baik.\r\n\n\n\n\rRafidah berkata, pengurusan MAS perlu mengadakan dialog secara berterusan dengan semua peringkat kakitangannya menerusi kesatuan sekerjanya.\r“Ia bertujuan untuk memberi penerangan terperinci mengenai apa yang telah dan akan berlaku khususnya kepada kakitangan, serta bidang penjimatan kos yang akan memberi manfaat,” katanya.\rKesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) sebelum ini menyatakan rasa tidak puas hati berhubung penerangan yang diberikan pengurusan mengenai pembentukan pakatan itu.\rSusulan itu kesatuan itu memutus untuk menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bercadang mahu menemui beliau bagi menyatakan pandangan dan tentangan terhadap pembentukan pakatan itu.\rKesatuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa (ITF) juga sebelum ini dilaporkan, menggesa kerajaan Malaysia untuk memastikan hak pekerja dipelihara dalam apa juga langkah pembentukan pakatan antara kedua-dua syarikat penerbangan itu.\rKesatuan itu berkata, persetujuan antara dua syarikat itu dicapai tanpa berunding dengan mereka terlebih dulu.\rDalam surat kepada Perdana Menteri bertarikh 19 Oktober lalu, Setiausaha Agung ITF, David Cockroft, menyatakan kebimbangan bahawa pertukaran saham dan pakatan MAS-AirAsia akan menghakis hak pekerja.\rIa katanya, mungkin termasuk hak ahli gabungan ITF iaitu MASEU untuk mewakili dan berunding bagi pihak pekerja MAS. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|