View: 201|Reply: 0
|
Lemas dibelit ular putih
[Copy link]
|
|
Aksi bertenaga Whitesnake beri kepuasan maksimum kepada peminat rock klasikTERNYATA, Whitesnake masih mampu mencuri tumpuan peminat dan menariknya himpunan peminatnya, tidak tertakluk kepada mereka yang sezaman dengan era rock pppular ini tetapi juga mampu menggamit kehadiran anak muda dan belia yang dilahirkan selepas kemunculan kumpulan ini. \n\n\n\nHampir 5,000 peminatnya berpeluh-peluh dalam kehangatan mengikut setiap rentak lagu yang dimainkan oleh kumpulan ular putih ini menerusi Konsert Whitesnake - Live in Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu. \n\n\n\n\nWalaupun tidak dinafikan kelewatan sedikit pada jadual konsert hingga kedengaran suara teriakan hingar bingar peminat yang mahu kumpulan itu muncul memeriahkan suasana malam di stadium tertutup itu pada awalnya, tetapi sebaik konsert ditamatkan, seribu satu kepuasan terpancar pada wajah peminat tatkala selepas dihiburkan dengan lebih 10 himpunan lagu lama dan baru kumpulan itu.Tiada lagi kemarahan atau rasa tidak puas hati setelah kelewatan kira-kira 20 minit itu dibayar dengan harga sebuah himpunan lagu yang disampaikan oleh penyanyi vokal kumpulan itu bersama kumpulannya dengan cukup lantang dan lemaknya.Whitesnake tidak hanya menumpukan dalam memberikan persembahan kepada vokal semata-mata kerana setiap bakat seni yang ada dalam kumpulan yang hebat itu ditonjolkan kepada peminatnya secara eksklusif.Teriakan peminat kedengaran sehingga membingitkan telinga sebaik bekas kumpulan Deep Purple yang juga vokalis kumpulan, David Coverdale memperkenalkan Doug Aldrich dan Reb Beach kepada peminat. \n\n\n\nKerakusan mereka menunjukkan kehandalan memetik gitar selama 15 minit cukup mengujakan sehingga stadium mula sepi sebentar sebelum tepukan paling gemuruh dilayarkan kepada mereka.Tiada kata dapat diungkapkan betapa hebatnya kebolehan pemetik gitar kumpulan itu yang sudah memberikan nilai tambah kepada peminat yang mengeluarkan belanja membeli tiket persembahan pada malam itu. Tidak berakhir dengan perkenalan kepada dua aset kebal yang menyinari Whitesnake, David selaku ketua memperkenalkan pula Tichy Brian, pemain dram kumpulan yang aksinya cukup mengujakan mata memandang dan telinga yang mendengar kerana tidak cukup menghentakkan dram dengan menggunakan kayu dan lahirlah dentuman dan nada bunyi padu.Bunyi paluan dram yang menggunakan lebih daripada dua kayu itu turut mempersonakan dan Tichy Brian dilihat cukup bertenaga dalam membuai perasaan taksub peminatnya. Begitu juga dengan permainan keyboard oleh Brian Ruedy dan kehalusan Michael Devin menggemakan alatan bass tidak dapat dinafikan sudah membawa penonton ke dalam dunia fantasi rock yang tidak berpenghujung.Himpunan lagu daripada kumpulan rock itu tidak menghampakan. Lagu seperti Best Years, Give Me All Your Love, Love Ain\'t No Stranger, Is This Love, Steal Your Heart Away, Forevermore, Can You Hear The Wind Blow, Love Will Set You Free, The Deeper The Love, Fool For Your Loving, Here I Go Again dan Still Of The Night mengikat hati peminat bahawa memilih kumpulan itu sebagai idola tidak ada silapnya lagi.David turut menyanyikan lagu dari kumpulan Deep Purple, Soldier Of Fortune membuatkan peminatnya seperti hilang arah dan teriakan tanda keriangan itu ditamatkan dengan tepukan gemuruh.Sepanjang persembahan itu juga, David tidak hanya menumpukan kepada nyanyiannya semata-mata kerana apa yang diperhatikan, pada usia veterannya itu dia turut menunjukkan kasih sayang kepada peminatnya dengan sesekali dilihat menunjukkan isyarat melalui tangan kepada peminat yang dibalas dengan teriakan keseronokan daripada penghuni sementara stadium itu.Pengharapan peminat yang hadir pada malam itu tidak membungkam langsung wajah kecewa kerana rata-rata yang pulang membawa ‘trofi kenangan indah’ yang cukup berbaloi. Penampilan penyanyi rock tersohor negara, Ella dalam menyampaikan lagu juga sedikit sebanyak memanaskan suasana dan kegelisahan penonton menantikan kemunculan kumpulan Whitesnake yang julung kalinya berada di Malaysia dalam melengkapkan lawatan promosi album studio ke 11 kumpulan itu di seluruh dunia.Bukan hendak memperkecilkan penampilan Ella, tetapi kemunculannya tidak lebih sebagai pelengkap dan sekadar memenuhi syarat untuk mana-mana penyanyi luar membuat persembahan di negara ini. Akhirnya, kemunculan Ella hanya dianggap ‘kecil’ saja di sisi Whitesnake.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|