CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Sistem aliran air tidak sesuai

[Copy link]
Post time 31-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Rekaan tangani banjir di Bangkok relevan jika disebabkan hujan lebat\rBANGKOK: Ibu kota Thailand berdepan kesukaran mengalihkan air keluar daripada bandar raya itu kerana sistem penyaliran direka menangani banjir disebabkan hujan lebat, bukan aliran besar dari utara, kata bekas pegawai kanan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA).\r\n\n\n\n\rBandar raya itu memperuntukkan kos besar menaik taraf infrastruktur penyaliran selepas banjir besar melanda Bangkok pada tahun 1983. Sejak itu, terusan dan terowong dikorek, kolam tadahan dan stesen pam dibina untuk membantu mengeringkan air.\r\r\n\n\n\n\nSistem itu membabitkan pembinaan tembok panjang di seluruh bandar raya dan air banjir diarahkan ke laut menerusi pam, terusan dan terowong.\rBekas Gabenor Bangkok, Phichit Rattakul, berkata sistem saliran air dibangunkan untuk menangani banjir disebabkan hujan lebat dan aliran dari utara yang secara amnya menuju ke sebelah timur.\rLangkah perlindungan utama terhadap aliran air ialah tembok diraja dan empangan Pasak Cholsid di Saraburi di timur laut Bangkok, yang membantu menampung sehingga 800 juta meter padu air.\rBaki aliran air itu selalunya mengalir ke sungai Chao Phraya dan sungai Thachin. Bagaimanapun, ada satu lagi aliran air besar menuju ke Bangkok dari utara dan bandar raya itu tidak mempunyai infrastruktur mencukupi untuk mengendalikannya.\r\n\n\n\n\rKedatangan satu lagi aliran air itu memerlukan saliran khas untuk ia mengalir di seluruh bandar raya tetapi objek buatan manusia menghalang laluannya.  – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.440311 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list