View: 135|Reply: 0
|
Pengusaha digalak daftar dengan LKM
[Copy link]
|
|
USAHAWAN coklat buatan tangan di negara ini digalakkan berdaftar dengan Lembaga Koko Malaysia (LKM) dalam usaha badan itu mengenal pasti saiz sebenar industri itu, sekali gus memantau kualiti coklat buatan tangan keluaran negara.\rKetua Pengarahnya, Datuk Dr Azhar Ismail, berkata buat masa ini terdapat 110 pengusaha coklat buatan tangan di seluruh negara yang berdaftar dengan LKM, namun beliau yakin ada ramai lagi usahawan bidang itu bergerak secara sendirian.\r\n\n\n\n\r “Bila kita dapat maklumat terkini dan betul, kerajaan akan memberi sokongan yang lebih kepada kita. Buat masa sekarang walaupun kerajaan bagi sokongan tapi kita cuma boleh beri angka yang berdaftar. \r\r\n\n\n\n\n “Kalau dapat maklumat sepenuhnya, termasuk yang belum berdaftar kini, mungkin kerajaan akan memberi peruntukan lebih besar kepada industri koko,” katanya kepada media selepas merasmikan Bengkel Keusahawanan Coklat Buatan Tangan Malaysia di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) di Serdang, Selangor. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|