CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

Bisnes Dunia: Zon Euro usaha tingkat dana

[Copy link]
Post time 25-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mesyuarat pemimpin Eropah tangani kemelut kewangan lonjak saham Asia\rSAHAM Asia melonjak semalam selepas mesyuarat hujung minggu pemimpin Eropah menunjukkan perkembangan memberangsangkan untuk menangani krisis hutang serantau yang mungkin boleh mengakibatkan kemelesetan ekonomi dunia.\r\n\n\n\n\rZon Euro berusaha meningkatkan dana menyelamat 440 bilion euro (AS$610 bilion), Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah (EFSF), untuk meyakinkan pasaran bahawa mereka mempunyai cara melindungi negara seperti Itali dan Greece yang berdepan beban hutang tinggi.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, mereka hanya mengumumkan beberapa butiran konkrit daripada mesyuarat hujung minggu dengan berjanji mendedahkan semuanya pada sidang kemuncak kedua, esok.\rPelabur juga mengawasi yen yang mencapai rekod tertinggi selepas perang, 75.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu, sebelum dolar kembali kukuh kepada 76.15 yen dalam dagangan petang semalam.\rLonjakan itu mendorong Menteri Kewangan Jepun mengambil langkah menangani peningkatan nilai mata wang mereka berikutan bimbang pengukuhan yen akan memberi kesan kepada eksport Jepun.\rTokyo ditutup 1.90 peratus atau 165.09 mata lebih tinggi di 8,843.98 manakala Sydney melonjak 2.73 peratus atau 113.1 mata untuk berada 4,255 dan Seoul naik 3.26 peratus atau 59.94 mata kepada 1,898.32.\r\n\n\n\n\rHong Kong naik 4.14 peratus atau 746.10 mata berakhir pada 18,771.82 manakala Shanghai bertambah 2.29 peratus atau 53.06 mata untuk ditutup pada 2,370.30. Kedua-dua pasaran berkenaan didorong oleh perangkaan pengeluaran lebih baik dari China.\rPerbincangan zon Euro membahaskan bagaimana  meningkatkan jumlah dana penyelamat tanpa meningkatkan jaminan setiap negeri dimasukkan ke dalam dana, isu sensitif bagi negara kaya seperti Jerman yang mulai muak menyelamatkan ahli zon euro lemah.\r“Suasana dagangan secara amnya optimistik bahawa pembuat dasar zon Euro akan mengumumkan langkah signifikan pada Rabu ini untuk menyokong dana menyelamat dan menyelesaikan krisis hutang Greece, di samping menyokong bank-bank di rantau ini,” kata penganalisis Pasaran IG, Stan Shamu. – AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.087793 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list