CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Tembakan di kepala punca maut

[Copy link]
Post time 24-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Gaddafi mati selepas ditembak satu das, mayat diserah kepada saudara jauh\rTRIPOLI: Ketua jabatan forensik Libya, Dr Othman al-Zintani, berkata bedah siasat yang dijalankan, mengesahkan bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi mati berikutan satu tembakan di kepalanya.\r\n\n\n\n\rDr Othman al-Zintani berkata, sekumpulan doktor menjalankan pemeriksaan semalam tetapi beliau tidak mendedahkan maklumat lanjut sehingga   satu laporan dihantar kepada peguam negara.\r\r\n\n\n\n\nImej Gaddafi yang berlumuran darah dilayan secara hina  dan dipukul oleh orang yang menangkapnya di bandar kelahiran beliau di Sirte menimbulkan persoalan mengenai sama ada  bekas pemimpin itu sengaja ditembak mati atau  terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan seperti yang dikatakan kerajaan atau dibunuh.\rMasyarakat antarabangsa yang  prihatin dengan kejadian itu meminta kerajaan peralihan mengisytiharkan pembebasan pada Ahad, beberapa bulan selepas pertumpahan darah berikutan pemberontakan menyingkirkan pemimpin yang dibenci dan sudah berkuasa selama hampir 42 tahun.\rSementara itu, seorang penasihat kanan kerajaan Libya berkata pihaknya akan  menyerahkan mayat  Gaddafi kepada saudara maranya, selepas berunding dengan mereka mengenai lokasi pengebumian.\r“Keputusan dibuat untuk menyerahkan mayat beliau kepada keluarga jauh, kerana tiada keluarga terdekat yang hadir   menuntut setakat ini,” katanya Ahmad Jibril kepada AFP.\r\n\n\n\n\r“Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berunding dengan keluarganya. Ia terpulang kepada keluarga untuk menentukan di mana Gaddafi akan dikebumikan selepas berunding dengan NTC,” katanya.\rJibril yang juga penasihat kepada perdana menteri sementara rejim baru, Mahmud Jibril, enggan mengulas bila penyerahan itu akan dilakukan.\rSejak terbunuh  ketika cuba meninggalkan bandar kelahirannya  Sirte Khamis lalu, mayat Gaddafi diletakkan di sebuah bilik dingin beku di luar Misrata, menarik sekumpulan orang ramai yang mahu melihat  pemimpin yang memerintah Libya selama beberapa dekad itu.\rNTC mengambil sikap berdiam diri mengenai rancangan pengebumian kerana tidak mahu melihat kubur Gaddafi menjadi pusat perhimpunan penyokong setia beliau dan pemimpin NTC manakala  pegawai tentera berkata  pengebumian mungkin di satu lokasi rahsia.\rPelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai bagaimana Gaddafi menemui ajalnya  Khamis lalu selepas pejuang NTC membawa beliau keluar dari tempat persembunyiannya berikutan satu serangan udara NATO terhadap konvoi pemimpin itu yang cuba meninggalkan bandar kelahirannya itu. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.101305 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list