CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Asia ditutup tak sekata

[Copy link]
Post time 22-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemimpin Eropah cadang  wujud semula pelan akhir bendung krisis hutang  \rPASARAN saham Asia ditutup bercampur-campur dalam dagangan berhati-hati semalam selepas pemimpin Eropah merancang untuk mewujudkan semula pelan akhir membendung krisis hutang negara zon euro.\r\n\n\n\n\r  Namun, percanggahan pendapat antara Perancis dan Jerman mengenai cara pembentukan dana menyelamat benua itu akan menyaksikan sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) yang sepatutnya berakhir Ahad ini akan gagal mencapai persetujuan muktamad yang kukuh, sekali gus memperlihatkan satu lagi mesyuarat susulan diadakan Rabu depan.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami telah mencapai kemajuan besar tetapi tidak cukup untuk mengambil keputusan muktamad.\r“Kami akan mengadakan perbincangan Ahad ini dan keputusan hasil mesyuarat itu mungkin akan dibuat Rabu depan,” kata jurucakap Canselor Jerman, Steffen Seibert.\rBerikutan perkembangan ketidakpastian menyebabkan peniaga enggan memasuki pasaran dengan mengambil sikap tunggu dan lihat.\rPada sesi dagangan semalam, Sydney turun tiga mata kepada 4,141.9, manakala Tokyo turut menerima tempias sama dengan mencatatkan kejatuhan 3.26 mata kepada 8,678.89, sementara Seoul tidak terjejas dengan memperoleh 1.84 peratus lebih tinggi atau 33.29 mata kepada 1,838.38.\r\n\n\n\n\rHong Kong meningkat 0.24 peratus atau 42,62 mata kepada 18,025.72 manakala Shanghai ditutup 0.60 peratus atau 14,09 mata lebih rendah pada 2,317.28.\rDua negara ekonomi terbesar Eropah, iaitu Perancis dan Jerman gagal mencapai persetujuan mengenai cara memperkukuh lagi Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah (EFSF) walaupun pemimpin mereka mengumumkan minggu lalu bahawa kedua-dua negara itu sudah mempunyai rancangan.\rBeberapa minggu kebelakangan ini, pelabur dihimpit dengan percanggahan pendapat antara Paris dan Berlin mengenai cara untuk meningkatkan lagi dana bagi menyelamatkan ekonomi yang lemah seperti Greece, Itali dan Sepanyol dan mengelakkan satu lagi krisis kewangan global.\rPerancis mendesak supaya dana menyelamat itu disalurkan ke dalam bank yang boleh meminjam dari European Central Bank untuk membantu ekonomi yang bermasalah, tetapi Berlin menentangnya atas alasan ia akan mengubah prinsip perjanjian penubuhan EU.\r“Masih wujud keraguan sama ada persetujuan muktamad akan dicapai dari mesyuarat itu. Justeru, sikap tunggu dan lihat di kalangan peniaga ini dijangka akan berterusan sehingga Rabu depan,” kata penyelia strategi pelaburan di Okasan Securities, Hideyuki Ishiguro. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.041552 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list