View: 210|Reply: 0
|
Etiqa mahu terajui insurans, takaful 2015
[Copy link]
|
|
Unit perniagaan Kumpulan Maybank miliki aset RM23bETIQA Insurance and Takaful, menyasarkan untuk menjadi peneraju industri insurans serta takaful di negara ini menjelang 2015, dengan sasaran aset berjumlah RM30 bilion.Unit perniagaan insurans dan takaful Kumpulan Maybank itu ketika ini adalah yang kedua terbesar dengan aset berjumlah RM23 bilion.\n\n\n\n Ketua Eksekutifnya, Hans De Cuyper, berkata dari segi kutipan premium kasar pula, pihaknya menyasarkan ia akan meningkat kepada RM7.5 bilion menjelang 2015, daripada RM4.3 bilion ketika ini.\n\n\n\n\n “Kami bersedia untuk mencapai sasaran untuk menjadi peneraju pasaran insurans dan takaful di Malaysia menjelang 2015. Ketika ini kami adalah peneraju perniagaan insurans hayat, takaful keluarga serta insurans dan takaful am,” katanya pada taklimat media mengenai perancangan masa depan syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.De Cuyper berkata, peningkatan kesedaran rakyat negara ini terhadap produk persaraan menyediakan potensi kepada pengenalan produk persaraan baru yang lebih moden.Justeru, katanya, Etiqa Insurance and Takaful bercadang menerokai pasaran produk berkenaan dan kini sedang menyediakan kertas cadangan untuk memohon lesen daripada kerajaan untuk menawarkan skim berkenaan.“Kami masih menunggu maklumat lanjut daripada kerajaan mengenai rangka pembangunan dana persaraan swasta di negara ini.\n\n\n\n“Kami percaya lesen pertama pengendali dana berkenaan akan dikeluarkan sebelum akhir tahun ini,” katanya sambil menambah, Etiqa berhasrat menjadi peneraju dalam produk berkenaan.Mengenai kemungkinan syarikat itu terbabit dalam sebarang penggabungan dan pengambilalihan (M&A), De Cuyper berkata, ia akan dilaksanakan jika ada syarikat insurans dan takaful yang mempunyai potensi yang baik dan mampu memberi nilai tambah kepada Etiqa.“Kami sentiasa peka terhadap sebarang penggabungan di dalam pasaran. Bagaimanapun pengukuhan aliran tunai dan jenama adalah tumpuan utama kami. “Jika ada peluang M&A, kami hanya melihat kepada syarikat yang mampu menambah nilai kepada kami,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|