|
SYDNEY: Legenda Bollywood, Amitabh Bachchan, semalam dianugerahkan ijazah doktor kehormat kerana jasanya kepada dunia perfileman dalam satu majlis di Australia yang turut membacakan ucapan tahniah daripada pengarah terkemuka, Baz Luhrmann.\rBachchan awalnya menolak anugerah Universiti Teknologi Queensland itu dua tahun lalu berikutan siri serangan ganas ke atas penuntut India menyebabkan hubungan Canberra dan New Delhi tegang.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, bintang berusia 69 tahun itu berkata beliau berpendapat keadaan kini tenang dan sudah tiba masa untuk menerima penghormatan besar untuk anak seni sepertinya.\r\r\n\n\n\n\n“Pengiktirafan ini amat mengagumkan kerana ia dianugerahkan oleh negara asing. Tiada perkataan dapat saya ucapkan untuk menyampaikan rasa terima kasih. Saya amat menghargainya,” katanya.\rGelaran doktor kehormat, dianugerahkan berikutan sumbangan besar kepada industri kreatif selama beberapa dekat, dalam majlis diadakan di Brisbane memaparkan kehadiran Luhrmann menerusi video.\rBachchan baru selesai menjalani penggambaran semula filem Great Gatsby arahan Luhrmann yang menampilkan Leonardo DiCaprio.\rBintang veteran India itu, membintangi 180 filem Bollywood, turut melancarkan biasiswa industri kreatif sempena nama bapanya, Harivansh Rai Bachchan, dan berharap dapat mengukuhkan ikatan dengan Australia.\r\n\n\n\n\r“Pendidikan membantu kita mengukuhkan keyakinan yang goyah akibat kebimbangan, kepercayaan dan agama,” katanya.\rBachchan mula popular pada tahun 1970-an dan menjadi antara tokoh penting perfileman India, menerima pelbagai anugerah dan gelaran termasuk tiga Anugerah Filem Kebangsaan dan 12 Anugerah Filmfare. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|