View: 104|Reply: 0
|
Salah tunai ibadat haji tanpa permit
[Copy link]
|
|
Jemaah langgar undang-undang dianggap ingkar syariat Islam, pemerintah Arab SaudiJEDDAH: Jemaah haji yang melanggar undang-undang Arab Saudi semata-mata untuk menunaikan ibadat itu dianggap mengingkari syariah Islam dan menentang pemerintah negara terbabit, kata Mufti Besar dan Pengerusi Lembaga Ulama Kanan, Sheikh Abdul Aziz Abdullah Aal Al-Sheikh.\rAkhbar al Watan melaporkan Abdul Aziz berkata peraturan dan undang-undang negara diwujudkan bagi memastikan jemaah melaksanakan ibadat seperti ditetapkan. \r\n\n\n\n\rBeliau berkata, salah umat Islam menyeludup masuk jemaah ke Makkah mengerjakan haji tanpa permit. \r\r\n\n\n\n\nPerbuatan mereka melanggar arahan pemerintah. Sesiapa yang melanggar undang-undang bertanggungjawab di dunia dan akhirat, katanya.\r“Kerajaan tidak memperkenalkan sistem permit haji tanpa sebarang tujuan tetapi bagi mengurangkan kesesakan keterlaluan sepanjang musim haji,” katanya yang dipetik akhbar Arab News. \rBeliau berkata kempen kesedaran bertajuk Ibadat Haji dan Perlakuan Bertamadun yang dilancarkan baru-baru ini oleh Pemerintah wilayah Makkah, Putera Khaled al Faisal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tinggi Haji, adalah sebahagian daripada pelan kerajaan memastikan semua jemaah dapat melaksanakan ibadat seperti yang dilaksanakan Rasulullah SAW.\rSheikh Abdul Aziz berkata, Allah melarang pertumpahan darah di Tanah Suci dengan merujuk insiden negatif yang berlaku ketika musim haji sebelum ini.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata sesetengah jemaah melanggar perintah Allah tanpa disedari dengan tidur di kaki lima masjid dan membuang sampah di kawasan suci. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|