CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2270|Reply: 4

Amukan Hairuddin...........

[Copy link]
Post time 20-10-2011 01:15 PM | Show all posts |Read mode

HAIRUDDIN (tengah) tampil dengan aksi yang menakjubkan pada aksi menentang T-Team di Kuala Terengganu malam kelmarin.


DUA tahun lalu, Hairuddin Omar dijulang bagaikan wira selepas membantu T-Team muncul juara Liga Perdana. Namun kelmarin, bekas penyerang kebangsaan itu seolah-olah dilabel sebagai 'musuh dalam selimut' oleh skuad kendalian Yunus Alif ekoran kejayaannya meledak dua gol ketika membantu Negeri Sembilan mencatat kemenangan 4-2 ke atas T-Team.

Kemenangan pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu sekali gus menyaksikan pasukan pelawat membawa bekalan cukup selesa menjelang aksi kedua di Paroi pada 22 Oktober ini.Bagi Yunus, dia tidak terkejut dengan kemampuan Hairuddin yang mudah merobek gawang pasukannya kerana menyedari pengalaman yang dimiliki pemain kelahiran Terengganu ketika bersama T-Team dua tahun lalu.

Malah katanya, dia sendiri telah memberi peringatan kepada anak-anak buahnya agar sentiasa mengawasi pergerakan penyerang kental itu sepanjang 90 minit permainan.“Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan kami mudah dibolosi empat gol walaupun beraksi di gelanggang sendiri. Salah satunya adalah perasaan gentar yang ada pada pemain apabila beraksi di peringkat genting seperti ini.

“Namun, faktor utama pasti kepada Hairuddin kerana dia merupakan bekas pemain T-Team dan tahu kemampuan pasukan ini. Dalam masa sama, pemain saya pula terutamanya penjaga gol begitu gugup apabila melihat Hairuddin memegang bola.
“Sebab itulah Hairuddin mudah menjaringkan dua gol menerusi tandukan kerana tiada pemain yang mengawalnya,” jelas Yunus kepada Kosmo!.

Pada aksi semalam, pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Shahurain Abu Samah pada minit kelima sebelum Indra Putra Mahyuddin menyamakan kedudukan pada minit ke-11.Namun, pengalaman luas Hairuddin membolehkannya meletakkan Negeri Sembilan kembali di hadapan minit ke-25, sebelum tuan rumah sekali lagi menyamankan kedudukan hasil jaringan Nor Farhan Mohammad.

Detik kemusnahan T-Team bagaimanapun hadir pada minit ke-42 apabila Hairuddin meledak gol peribadi keduanya, diikuti jaringan keempat oleh S. Kunalan pada minit ke-50.

Mengulas lanjut, Yunus kini mengakui tugas sukar terpaksa dilalui anak-anak buahnya di Paroi, Sabtu ini dalam misi menyekat kelebihan besar tuan rumah yang berjaya meledak empat gol pada aksi kelmarin.

Katanya, pemain T-Team tiada jalan lain untuk mara ke final Piala Malaysia musim ini selain bangkit dengan satu corak permainan menyerang habis-habisan."Laluan kami begitu sukar dan sejak dari awal lagi saya sudah katakan Negeri Sembilan bukanlah pasukan yang mudah ditewaskan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2011 01:55 PM | Show all posts
hobin jang hobin
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 04:43 PM | Show all posts
hairuddin mengganas kat piala malaysia kali ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 08:36 PM | Show all posts
kelibat nya tidak boleh di pandang ringan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 07:52 PM | Show all posts
N9 terbaekkkk!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050263 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list