|
KAHERAH: Dua anak lelaki presiden disingkir Hosni Mubarak mempunyai anggaran wang tunai bernilai AS$340 juta (RM1.07 bilion) dalam akaun bank Swiss, kata seorang pegawai kanan Kementerian Kehakiman Mesir, kelmarin.\rAssem Al-Gohary berkata, pihak berkuasa Swiss sedang menyiasat sama ada seorang daripada anak lelakinya, Alaa, terbabit dalam pembersihan wang haram bersama individu lain bekas rejim itu.\r\n\n\n\n\r Di tanah airnya, Mubarak dan anak lelakinya didakwa atas tuduhan rasuah dan ketiga-tiganya ditahan.\r\r\n\n\n\n\n Mubarak juga dituduh bersubahat dalam pembunuhan kira-kira 850 penunjuk perasaan ketika pemberontakan 25 Januari hingga 11 Februari lalu.\rKhabar angin berlegar ketika pemberontakan bahawa Mubarak dan anak lelakinya mengumpul puluhan bilion dolar dalam amalan rasuah, membantu memacu kemarahan yang berjaya menggulingkannya.\rSwitzerland membekukan aset keluarga Mubarak dan individu lain bekas rejim dianggarkan Al-Gohary berjumlah hampir AS$450 juta (RM1.41 bilion). AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|