|
Aksesori ‘Bunga Bunga’ mula dijual di Itali\rROME: Ketika ahli perniagaan lain merungut mengenai skandal seks Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi dan imej negara itu yang tercemar di luar negara, seorang ahli perniagaan mengeksploitasi sikap mata keranjang pemimpin mereka itu.\r\n\n\n\n\rDiilhamkan daripada parti ‘Bunga Bunga’ Berlusconi – yang dilaporkan dalam bentuk tarian yang disukai Perdana Menteri Itali itu, kilang plastik kecil milik Carlo Pagani menghasilkan gelang tangan ‘Bunga Bunga Band’.\r\r\n\n\n\n\nMenariknya, ia tidak terhenti setakat itu saja kerana Pagani mendaftarkan pelbagai tanda perdagangan dikaitkan dengan frasa popular itu itu bagi menghasilkan aksesori berkaitan dengan parti itu.\r“Apabila melihat perkataan Bunga Bunga, ia seperti sesuatu yang bererti keajaiban,” kata Pagani kepada wartawan agensi berita yang melawat kilang Castelberg Technologies miliknya di Grumello del Monte, berhampiran bandar raya Bergamo, utara Itali.\rGelang tangan ‘Bunga Bunga’ ialah penghasilan pertama kilangnya dan Pagani bercadang meluaskan pasaran peringkat antarabangsa dengan senarai barangan Bunga Bunga termasuk rantai leher, rantai kunci, minyak wangi, pakaian dalam malah minyak urut.\r“Bagi kami, Bunga Bunga memberi makna positif,” kata Pagani, yang kilangnya turut menghasilkan aksesori untuk jenama besar termasuk gergasi kosmetik Perancis, L’Oreal dan fesyen Itali, Prada.\r\n\n\n\n\rPagani berkata, dia mahu hantar seutas gelang tangan kepada Berlusconi dan berharap pemimpin itu menerima jenaka berkenaan.\r“Ia tidak bermaksud politik. Kami menghormati semua ahli politik termasuk Berlusconi,” katanya.\rKilang Pagani menggaji 40 pekerja, antara beribu-ribu syarikat kecil dan sederhana yang menjadi tulang belakang ekonomi negara itu dan kini bergelut dengan kadar pertumbuhan rendah dan syarat kredit ketat.\rPagani sudah melabur 200,000 euro (RM855,600) dalam projek berkenaan setakat ini dan bercadang menjadikannya jenama global untuk orang muda. Dia juga sudah berhubung dengan pengedar di Perancis, Jerman, Russia dan Switzerland.\rSkandal Bunga Bunga terbongkar tahun lalu apabila didedahkan Berlusconi disiasat kerana dituduh membabitkan rangkaian pelacuran bawah umur dengan parti tidak senonoh diadakan di villa milik pemimpin itu dekat Milan.\rBerlusconi kini dibicarakan atas tuduhan melacur penari kelab malam yang ketika itu berusia 17 tahun, Karima El-Mahroug yang memberitahu butir terperinci parti berkenaan ketika disoal siasat polis.\r“Selepas makan malam, kami ke ruang bawah tanah, lokasi parti Bunga Bunga diadakan. Semua gadis berbogel ketika parti itu dan saya dapat rasa mereka bersaing sesama sendiri supaya Berlusconi sedar kehadiran mereka dengan mempersembahkan aksi seksual yang berani,” Ruby dipetik sebagai memberitahu penyiasat.\rFrasa itu itu segera menjadi sensasi di internet dan dijadikan nama sebuah baru baru di Tuscany, kedai pizza di London selain beribu baju T untuk pelancong dan senarai seluar pendek ‘tarian Bunga Bunga.’\rBerlusconi membuat jenaka mengenai skandal itu, meminta dua penuntut pada satu majlis konvokesyen menyertai parti Bunga Bunga dan memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu lukisan bersejarah adalah ‘The Bunga Bunga of 1811’. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|