CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Bisnes Dunia: Bah jejas pengeluaran kereta seluruh Asia

[Copy link]
Post time 17-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat henti operasi di Thailand rugi berbilion baht\rPENGELUARAN kereta dan produk elektronik seluruh Asia Tenggara dan India  terjejas oleh banjir yang meliputi satu pertiga daripada Thailand dan memaksa penutupan kilang membekal komponen penting di negara berkenaan untuk rantau ini.\r\n\n\n\n\rHonda Motor Co dan Canon Inc  menghentikan operasi  di Thailand sementara yang mempunyai hab pengeluaran di negara itu termasuk kilang Nikon Corp, Toyota Motor Corp, Pioneer Corp dan Sony Corp mengalami kerosakan.\r\r\n\n\n\n\nPresiden Institut Elektrik dan Elektronik Thailand, Somboon Hortrakul, berkata  masih   awal untuk menjangkakan kerosakan sebenar terutama kawasan banjir kini semakin meluas dan Bangkok juga dalam keadaan terancam.\r“Sukar berhubung dengan setiap pengeluar. Banyak kilang dan mesin ditenggelami air,” katanya. \rDataran utara, timur laut dan tengah telah terjejas teruk. \rHonda Motor  menutup kilangnya di Ayutthaya, menutup 4.7 peratus daripada pengeluaran globalnya yang menjejaskan rantaian pembekalan berikutan gempa bumi dan tsunami di Jepun.\r\n\n\n\n\r“Kami  yang pertama menutup kilang kerana rakan dagang yang mengeluarkan komponen di Saharat Nakorn  Estate dilanda banjir,” kata jurucakap unitnya di Thailand.\rPenganalisis Kanan Pasaran Unit Asia di firma penyelidik industri berpangkalan di California, JD Power and Associates,   Ammar Master, berkata berlaku kesan serta-merta terhadap jualan dan pengeluaran di seluruh Asia dan bukan saja di Thailand.\r“Kesannya bukan saja di Thailand tetapi juga terhadap pengeluaran di pasaran lain seperti Indonesia, Malaysia, Filipina dan India dengan Honda membekalkan komponen di luar Thailand.\r“Kesan kemusnahan terlalu awal untuk dinilai kerana ia bergantung kepada jenis inventori operasi lain ada,” tambahnya.\rPengarah Thailand bagi syarikat penyelidikan yang berpangkalan di Colorado, IHS Automotive, Hajime Yamamoto, berkata jumlah kerugian jualan bagi pembekal komponen auto kira-kira 3 bilion baht (AS$97.2  juta) bagi minggu ini saja dan selain itu terdapat kerosakan terhadap aset dan kilang.\r“Jumlah  kerosakan boleh mencecah berbilion baht,” katanya.\rPengeluaran kenderaan dijangka merosot, kebiasaannya kira-kira 170,000  unit sebulan.  Menjelang akhir bulan ini, paras terkumpul  melebihi 50,000 unit dan mungkin mencecah 80,000. \rSeperti Toyota, Isuzu dan Mitsubishi menghentikan pengeluaran sehingga 14 Oktober.\rAutoAlliance Thailand yang membuat kenderaan  untuk Mazda dan  Ford kini beroperasi  syif separuh, manakala Honda perlu  beberapa bulan untuk kembali kepada pengeluaran normal. \rKebanyakan pembekal komponen terletak di Rojana Industrial  Park,  70 kilometer dari Bangkok. Taman industri dan prasarana lain pula ditenggelami air apabila tambak runtuh minggu lalu.\rNikon Corp berkata, ia menutup kawasan pengeluaran kamera berikutan banjir pada 6 Oktober.\rPada Khamis, banjir mencecah sempadan di Hi-Tech Industrial Estate, satu daripada dua kawasan perindustrian di Ayutthaya yang ditutup sehari lebih awal sebagai langkah keselamatan.\rDi kawasan berhampiran  Phatum Thani juga terjejas teruk dan lebih 270 kilang di Nava Nakorn Industrial  Zone masil beroperasi secara normal. Kira-kira 50-60 peratus adalah pengeluar elektronik. – REUTERS

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.046298 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list