|
Situasi masih kritikal di 10 wilayah\rBANGKOK: Pihak berkuasa Bangkok bertungkus-lumus melebarkan terusan dan menambahkan benteng penebat banjir di sekitar bandar raya dengan 9.7 juta penduduk ini untuk menyelamatkan ibu negara berkenaan daripada banjir yang melumpuhkan hab pembuatan di wilayah tengah terbabit minggu lalu.\r\n\n\n\n\r“Kerajaan akan mempercepatkan aliran air dari sungai Chao Phraya ke laut dan melalui timur dan barat Bangkok. Tiga penebat banjir di Bangkok dilebarkan sejak beberapa hari lalu,” kata Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra.\rBeliau berkata, setakat ini, tiga terusan sudah dilebarkan untuk mempercepatkan pengairan dan akan melebarkan empat lagi terusan berhampiran ibu negara itu.\r\n\n\n\n\n\rPada masa sama, sebanyak 10 wilayah di negara itu masih lagi dalam risiko kritikal mengalami banjir dan pihak berkuasa melebarkan terusan untuk melindungi Bangkok dan lapangan terbang antarabangsa utama.\rBeliau berkata, bencana alam yang sudah membunuh hampir 300 penduduk dan memindahkan lebih dua juta penduduk lagi adalah paling buruk dalam sejarah Thailand.\r“Kerajaan perlu melindungi kawasan strategik dan ekonomi utama termasuk zon perniagaan dan industri, wilayah ibu negara, Bangkok, lapangan terbang Suvarnabumi dan pusat pemindahan,” kata Yingluck dalam satu ucapan disiarkan melalui televisyen dan radio seluruh negara.\r“Kami berusaha menyelesaikan krisis dan akan memperkenalkan langkah jangka panjang untuk menghalang ia berlaku lagi. Bencana ini menyebabkan kerugian besar dan dilihat paling buruk dalam sejarah Thailand,” kata Yingluck.\rSekurang-kurangnya 297 penduduk terbunuh sejak hujan monsun bermula di Thailand lewat Julai, kata Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi.\rYingluck berkata, situasi masih lagi ‘kritikal’ di 10 daripada 26 wilayah yang terjejas dengan banjir.\rMinggu lalu banjir menenggelamkan kawasan industri di wilayah Ayutthaya, 67, kilometer ke utara Bangkok, menangguhkan pengeluaran di kilang yang dikendalikan pengeluar Jepun termasuk Nikon Corp dan Pioneer Corp.\rGabenor Prasarn Trairatvorakul berkata, kerugian akibat banjir kali ini mungkin meningkat sehingga 120 bilion baht (RM12.9 bilion) dan memaksa bank pusat mengurangkan ramalan bagi pertumbuhan ekonomi tahun ini. \rBeliau berkata, sejumlah 930 kilang di seluruh negara rosak teruk.\r“Kesan banjir kepada ekonomi keseluruhannya akan bergantung kepada proses pemulihan selepas ini. Kami perlu memantau situasi ini. Kerajaan menyedari bahawa penduduk sengsara akibat bencana ini selama tiga bulan. Ia adalah keutamaan kami untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.\rThailand mengalami musim hujan dalam waktu yang hampir sama setiap tahun, walaupun hujan monsun di barat laut dan lima ribut tropika baru-baru ini menyebabkan keadaan lebih buruk dari segi kerugian dan kehilangan nyawa, kata Yingluck.\rParas air di tengah wilayah Nakhon Sawan menjadi stabil selepas empangan dilepaskan untuk mengurangkan jumlah air, kata Yingluck. Paras air meningkat di Ayutthaya semalam, tetapi pihak berkuasa sedang berusaha untuk menanganinya.\rEmpat wilayah di selatan Thailand berisiko mengalami banjir kilat dan tanah runtuh, kata agensi bencana negara itu melalui halaman webnya.\rHujan lebat dijangka di tengah dan timur manakala di Bangkok pada 16 dan 17 Oktober. Perkhidmatan kereta api ke utara Thailand masih lagi ditangguhkan. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|