Post Last Edit by al-lavendari at 15-10-2011 11:32
Beberapa tahun lalu (2007) saya telah diundang untuk menyaksikan aksi penerjunan (base jump) dari Menara Kuala Lumpur. Bagi saya ini adalah pengalaman yang sangat mahal dan ia akan kekal menjadi kenang-kenangan buat saya sampai bila-bila. Saya sendiri tidak mengambil bahagian. Jangankan nak terjun, menengok ke bawah pun saya sudah gayat.
Ada beratus-ratus koleksi gambar di sekitar acara itu. Buat permulaannya saya paparkan sedozen gambar sahaja dahulu. Tapi gambar-gambar ini bukanlah saya yang mengambilnya tapi adalah dari jurugambar jabatan tempat saya bertugas dahulu. Jika ada sambutan, mungkin saya akan paparkan lagi.
Gambar 1. Yang angkat tangan tanda bagus tu adalah TT.
Gambar 2: Pemandangan sebahagian dari KL dari atas Menara KL.
Gambar 3: Kalau diperhatikan betul-betul, kelihatan beberapa orang penerjuan sudah pun berjaya mendarat dalam bulatan itu.
Gambar 4: Sebahagian dari peserta sedang menyediakan payung terjun masing-masing.
Gambar 5: Di pelantar Menara KL di mana penerjunan dilakukan.
Gambar 6: Seorang penerjuan sedang melayang-layang di udara.
Gambar 7: Seorang penerjun sedang menuju ke bumi.
Gambar 8: Dua orang sudah terjun dan seorang lagi sedang bersedia untuk terjun.
Gambar 9: Berbagai gaya yang mendebarkan yang ditunjukkan oleh penerjun-penerjun ini.
Gambar 10: Seorang lagi dengan gaya terjun ala-ala "kuak lentang"
Gambar 11: Yang ini kelihatan sedang membukan payung terjunnya.
Gambar 12: Salah seorang jurugambar dari luar negeri bagi merakamkan acara ini.
Saya sengaja tunjukkan belakangnya sahaja !
|