CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Bali kena gempa dari dasar laut

[Copy link]
Post time 14-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
50 cedera gegaran magnitud 6.1 dirasai sehingga Pulau Jawa, LombokBALI: Gempa bumi kuat pada magnitud 6.1 menggegarkan Pulau Bali, destinasi pelancongan popular Indonesia, semalam menyebabkan penduduk panik selain menjadi punca sekurang-kurangnya 50 orang cedera, ramai luka di kepala dan ada yang mengalami patah tulang.\n\n\n\nKajian Jabatan Geologi Amerika menyatakan, gempa bumi itu berpusat 100 kilometer barat daya pulau itu pada kedalaman 60 kilometer di bawah dasar laut.\n\n\n\n\nWalaupun ia tidak mencetuskan amaran tsunami, gempa bumi itu dirasai beratus-ratus kilometer hingga ke Pulau Jawa dan Lombok.“Gempa itu menyebabkan saya terjatuh dari motosikal,” kata seorang mangsa yang cedera, Miftahul Chusna.Antara yang cedera termasuk seorang pelajar dan tiga guru  apabila siling sekolah menengah mereka runtuh, kata wakil agensi bencana alam tempatan, I Gede Tejo.Pegawai perhubungan awam untuk Hotel Sanur Beach, Candy Juliani, berkata gempa bumi itu menyebabkan keadaan kelam kabut dan tetamu bergegas keluar bilik dan berada di jalan. \n\n\n\n“Kami ada laluan kecemasan untuk situasi seumpama ini. Tetapi, semua orang panik dan tidak menghiraukannya,” katanya. Agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik Indonesia (BKMG) berkata, magnitud gempa itu adalah 6.8, sedalam 10 kilometer.Siling di beberapa sekolah dan pejabat serta kuil Hindu purba di sepanjang pantai turut rosak manakala dinding retak.“Saya masih ketakutan. Tiada kerosakan besar berlaku tetapi ada barang yang terjatuh dari dinding. Ia amat kuat,” kata Stuart McDonald, seorang penduduk Australia.Gegaran juga dirasai selama beberapa minit di kawasan pelancongan utama, Kuta, kata Endro Tjahjono, pegawai Agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik.  – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.041048 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list