CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

KLIFD RM25.07 bilion bermula tahun depan

[Copy link]
Post time 14-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Projek bagi kukuh kewangan dibangun berperingkat\rPUSAT Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bernilai AS$8 bilion (RM25.07 bilion), yang akan dibangunkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan firma berpangkalan di Abu Dhabi, Mubadala Development Corporation, dijadualkan bermula awal tahun depan.\r\n\n\n\n\r  “Pelan induknya hampir siap, kami bekerja rapat dengan Dewan Bandaraya untuk menyediakannya,” kata Ketua Eksekutifnya Shahrol Azral Ibrahim Halmi.\r\r\n\n\n\n\n  Projek itu yang bertujuan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor perkhidmatan kewangan akan dibangunkan berperingkat di tapak seluas 30.35 hektar di kawasan Imbi berhadapan Jalan Tun Razak.\r“Kami mahu pembangunan dibuat secara teratur dan memastikan terdapat faedah pemasaran,” katanya kepada BERNAMA dalam satu temu bual.\rBeliau berkata, dalam tempoh enam bulan akan datang, 1MDB akan menggiatkan rundingan dengan bakal pelabur dan pemaju, tetapi tidak mendedahkan butirannya.\r“Projek di KLIFD bertujuan menarik teknologi canggih serta menggalakkan pembangunan mampan melalui teknologi hijau.\r\n\n\n\n\r“Pembangunan khusus berkenaan memerlukan pelaburan besar dan sebagai organisasi milik kerajaan, 1MDB mempunyai kekuatan dan fleksibiliti untuk melaksanakannya,” katanya.\rBeliau memuji insentif yang diberikan kepada 1MDB dalam Bajet 2012 kerana ia tepat pada masanya ketika kerja di pusat kewangan itu sedang dipergiatkan.\r“Kami menghargai komitmen kerajaan untuk KLIFD. Ia akan memastikan kami mempunyai penyewa sesuai, seperti bank antarabangsa dan institusi kewangan,” katanya.\rInsentif itu termasuk 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas pinjaman dan perjanjian perkhidmatan untuk syarikat berstatus KLIFD.\rInsentif lain termasuk elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepatkan untuk syarikat status Marquee KLIFD dan 70 peratus pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun untuk pemaju hartanah di KLIFD.\r“Insentif itu juga akan menarik pemaju kepada pembangunan KLIFD, walaupun pelaburan besar diperlukan,” katanya.\rShahrol Azral yang mendapat pendidikan di Stanford University, Amerika Syarikat dan telah mengalami pengalaman gaya hidup Silicon Valley, berkata KLIFD juga akan mempunyai konsep serupa, bukan saja mengenai pejabatnya, tetapi tempat di mana seseorang boleh ‘melepak’ dan mengadakan jalinan rangkaian.\r“KLIFD adalah mengenai membina nukleus untuk bakat dan inovasi, yang juga sejajar dengan hasrat kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi,” katanya.\r1MDB akan berusaha untuk menjelaskan kepada orang awam mengenai konsep KLIFD yang benar-benar baru, katanya.\r“Kita mempunyai banyak program membabitkan rakyat dan generasi lebih muda, seperti Dana Belia,” katanya.\rDana Belia, yang dibiayai Yayasan 1MDB, menyediakan platform kepada anak muda untuk menyatakan harapan, idea dan kreativiti mereka melalui projek yang menggalakkan perpaduan.\rShahrol Azral, yang juga pakar dalam penciptaan nilai dalam pelbagai sektor, berkata beliau mahu mengekalkan ‘ketulenan’ budaya rakyat Malaysia - Melayu, Cina dan India di KLIFD.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.295323 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list