CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Maharaja Lawak Mega pula

[Copy link]
Post time 14-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peserta Malaysia, Singapura dan Indonesia rebut hadiah RM350,000\rSELEPAS Raja Lawak, Maharaja Lawak kali ini diadakan pula Maharaja Lawak Mega selepas mengambil kira sambutan dan populariti program ini yang masih panas. Maharaja Lawak Mega ini menawarkan hadiah agak lumayan iaitu wang tunai RM350,000 kepada juara. \r\n\n\n\n\rJika Maharaja Lawak menjadi platform untuk menguji bakat bekas finalis akhir Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima, berlainan pula dengan Maharaja Lawak Mega yang memfokuskan kepada pelawak profesional.\r\r\n\n\n\n\nMenampilkan barisan pelawak terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, program yang akan bersiaran di Astro Warna pada 28 Oktober depan itu diharap mampu menggarap bakat pelawak yang sudah dikenali itu.\rMenurut Pengurus Pakej Mustika, Nizam Sani, program yang menampilkan 41 pelawak terkenal dengan 17 kumpulan dan solo itu diadakan bertujuan untuk mencari pelawak ‘terbaik di antara yang terbaik’ di Asia Tenggara.\rNamun mewujudkan semula jenama sedia ada bukan bertujuan untuk memanipulasi program terbabit, tetapi adalah untuk membawa nama Malaysia ke peringkat luar seperti program realiti lain dari barat.   \r“Jenama program TV di Malaysia terlalu sedikit, jadi dengan cara ini kita dapat bawa jenama Malaysia ke luar negara agar lebih dikenali.\r\n\n\n\n\r“Kita sedia maklum peserta ini sudah mempunyai banyak pengalaman tetapi pembabitan mereka dalam pertandingan sebegini sesuatu yang baru buat mereka mencungkil lagi bakat sedia ada,” terangnya.\rNama besar seperti Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid, Didie Alias, Enot, Harun Salim Bachik, Os, Abon, Yassin dan Bell Ngasri di antara yang akan menghangatkan lagi pentas Maharaja Lawak Mega, manakala AC Mizal sebagai pengacara.\r“Kita masih mengekalkan konsep yang sama dalam Maharaja Lawak cuma perbezaannya dari segi tugasan dan penjurian kerana mereka ini sudah profesional jadi tugasan agak berat.\r“Program ini disiarkan secara langsung di Malaysia dan Singapura saja tetapi dari segi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) hanya dibuka kepada pengguna telefon di Malaysia saja,” kata Nizam.\rWalaupun dilihat seperti memihak kepada peserta tempatan, namun hanya 30 peratus undian berdasarkan SMS manakala selebihnya bergantung kepada pemarkahan juri tetap.\rNizam berkata, menampilkan tiga juri tetap dan seorang juri jemputan, program yang sering menampilkan barisan juri dari kalangan pengkarya dan pelawak itu akan menampilkan juri yang berbeza dan tiada kaitan dengan bidang komedi.\r“Malah komen mereka nanti juga tidak terlalu padat atau mengkritik kerana mereka mewakili penonton jadi pemarkahan dari segi hiburan sama ada terhibur atau tidak,” terangnya.\rPemilihan peserta dari luar negara juga dibuat berdasarkan personaliti mereka dan mempunyai nama di negara sendiri. Bahkan setiap peserta diberi kebebasan dalam memilih anggota kumpulan sendiri bagi menempuh ujian yang bakal di tempuhi selama 10 minggu.\rSedia bertarung\rPERTAMA kali menyertai pertandingan sebegini memberi cabaran besar kepada Ifa Raziah dan ahli kumpulan Syok yang terdiri daripada Suhaimi Yusuf dan Ariff Samsudin. \r“Saya mengenali Suhaimi sejak terbabit dalam sitkom komedi Camy N Dee di Singapura jadi di situ kami lihat yang kami ada keserasian dan menjadi rapat. Suhaimi hubungi saya tanya sama ada mahu atau tidak terbabit dalam program ini terus saja setuju kerana saya merasakan program ini dalam mencungkil lebih lagi bakat yang kami ada,” kata Ifa.\rWalaupun pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia sejak 25 tahun terbabit dalam industri hiburan Singapura, Suhaimi Yusuf merasakan permulaan baru baginya mengembangkan bakat di negara ini.\rTertarik dengan konsep yang diketengah di dalam program terbabit membawa dirinya untuk turut serta di dalam pertandingan itu.\r“Saya dengan Ariff sudah lama dalam industri hiburan di Singapura malah bapa Ariff (Pak Sudin) sendiri seorang pelawak yang kita kenali jadi dengan konsep yang menarik ini menggerakkan hati saya untuk turut serta.\r“Bagi saya soal undian melalui SMS bukan satu masalah kerana ramai rakyat Singapura berada di Johor, malah ada di antara rakyat Singapura sendiri menggunakan talian telefon Malaysia,” jelasnya.\rMelihatkan ia sebagai satu pertandingan sengit yang membabitkan peserta terkenal tidak mematahkan semangat Achong dan Joey Daud untuk turut serta dalam program itu.\r“Ini adalah satu cabaran buat diri kami untuk menguji bakat sendiri. Mungkin dari segi populariti kami kalah tetapi dari segi kreativiti kami lawan. Saya dan Achong sudah berkawan lama dan mempunyai keserasian. Memang susah nak satukan kami kerana masing-masing sibuk jadi tetapi di sini kami bersatu,” kata Joey.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.423625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list