CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Israel tunduk tuntutan Hamas

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Setuju tukar 1,000 tahanan Palestin dengan seorang tentera YahudiBAITULMAQDIS: Kerajaan Israel akhirnya tunduk dengan syarat pergerakan Hamas  yang mentadbir Gaza kelmarin apabila bersetuju menukar lebih 1,000 tahanan Palestin dengan seorang tentera Israel yang kini ditawan kumpulan pejuang itu, Gilad Shalit, sekali gus menamatkan antara isu paling sensitif antara kedua-dua belah pihak.\n\n\n\nPerdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang meminta Kabinetnya meluluskan pertukaran itu selepas menerima  tekanan dalaman berterusan untuk membawa pulang Shalit, berkata anggota tentera itu akan bersatu semula dengan keluarganya dalam tempoh terdekat.\n\n\n\n\nPenduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menyambut baik perjanjian itu, yang menyaksikan Mesir dan Jerman bertindak sebagai orang tengah, melepaskan tembakan sebagai meraikannya. Perjanjian yang sebelum ini  berulang kali menemui kegagalan untuk membebaskan Shalit sejak ditangkap pada tahun 2006, tidak memberi kesan secara langsung kepada rundingan damai Asia Barat. Prospek memulihkan keamanan di wilayah  itu dibayangi permohonan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negara merdeka Palestin dan meminta tindakan meluaskan penempatan penduduk Israel dihentikan jika mahu rundingan dimulakan sekali lagi.Sumber yang terbabit dalam rundingan berkata, perjanjian itu disarankan Mesir dan ia dijangka  memperbaiki sedikit hubungan rejim Zionis dengan Kaherah yang berdepan masalah sejak kejatuhan pemimpin Mesir, Hosni Mubarak.\n\n\n\nPemimpin Hamas, Khaled Me-shaal, berkata Israel akan membebaskan 1,027 banduan dalam dua peringkat. Dalam masa seminggu, 450 akan ditukar untuk mendapatkan semula Shalit dan yang lainnya akan dibebaskan dua bulan kemudian. Dua puluh tujuh wanita antara yang bakal dibebaskan.Dalam kempen yang dilancarkan ibu bapa Shalit untuk membebaskannya, saudara mara penduduk Israel yang maut dalam serangan penduduk Palestin, melobi Netanyahu tidak menyerah kalah kepada Hamas dengan membebaskan tahanan Palestin.Ada kira-kira 6,000 tahanan Palestin di penjara Israel. Mereka dianggap wira dan digelar penduduk Palestin perjuangan menentang pencerobohan Israel dan memohon penubuhan negara berdaulat.“Kami gembira dengan penca-paian ini dan amat bersyukur. Bagaimanapun, kegembiraan kami bercampur sedih kerana tidak mampu mendapatkan kebebasan untuk semua tahanan,” kata Meshaal dalam ucapan yang disiarkan dalam televisyen dari Damsyik.Televisyen Israel memetik Netanyahu sebagai memberitahu ibu bapa Shalit sejak berkuasa tiga tahun lalu dia menunggu peluang membuat panggilan telefon untuk memberitahu mereka mengenai perjanjian itu.Keluarga Shalit yang mendirikan khemah sebagai tanda protes berhampiran kediaman Netanyahu di Baitulmaqdis selama beberapa bulan, menuduh dia tidak cukup berusaha membebaskan Shalit. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.280582 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list