CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

KL, Jakarta tubuh Dana Serantau

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Modal teroka bantu biayai  perniagaan berteknologi tinggi  Asia TenggaraMALAYSIA dan Indonesia akan menubuhkan sebuah dana modal teroka dikenali sebagai Dana Serantau bagi memenuhi keperluan pembiayaan modal syarikat teknologi di Asia Tenggara.\n\n\n\n  Perjanjian persefahaman (MoU) bagi penubuhannya dimeterai Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Indonesia Investment Agency (IIA) di Kuala Lumpur semalam disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.  MoU itu juga adalah antara hasil utama daripada Simposium Modal Teroka Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIVCS) empat hari yang berakhir semalam.\n\n\n\n\nMeskipun saiz dana berkenaan belum dimuktamadkan, namun dana yang akan dibiayai secara bersama oleh kedua-dua negara itu, menyasarkan membiayai kumpulan usahawan yang memiliki perniagaan berasaskan teknologi dengan potensi pertumbuhan tinggi dan mampan.MTDC dalam kenyataannya mengenai inisiatif itu berkata, rasional penubuhan dana itu bersandarkan faktor bahawa Malaysia dan Indonesia memiliki gabungan penduduk berjumlah 300 juta yang mana ia secara tidak langsung boleh mewujudkan sebuah pasaran penting selepas China dan India di rantau ini.“Tambahan lagi, Malaysia yang kini bergerak menuju ekonomi berasaskan inovasi sementara Indonesia pula memiliki potensi pasaran yang besar, mampu menggabungkan sumber dari segi modal, pengetahuan dan rangkaian perniagaan untuk memanfaatkan peluang keperluan ekonomi kedua-dua negara dan termasuk negara anggota Asean yang lain,” katanya.MTDC berkata, penubuhan dana itu akan membantu melonjakkan lagi sektor perniagaan berteknologi tinggi kerana ia tidak hanya menumpu kepada  bidang teknologi komunikasi dan maklumat, malah merangkumi bioteknologi, tenaga diperbaharui dan teknologi berasaskan bio pertanian yang kini amat memerlukan bantuan modal serta sumber untuk mengeksploitasikan lagi perniagaan baru itu.Terdahulu, Najib dalam ucaptamanya pada simposium itu menyeru institusi kewangan dan syarikat modal teroka tidak hanya menumpukan pelaburan dalam perniagaan berasaskan ICT, malah mengembangkan skop pembiayaan meliputi bidang perniagaan berteknologi tinggi, khususnya teknologi berasaskan nano, sains hayat, tenaga diperbaharui serta minyak dan gas.Katanya, semua teknologi berkenaan dikenal pasti mampu menjadi sumber janaan utama pertumbuhan ekonomi.Sementara itu, pada majlis semalam, Najib turut menyaksikan MoU antara MTDC dengan Export-Import Bank of Malaysia Bhd yang bertujuan mewujudkan kerjasama bagi memudahkan perkongsian maklumat serta membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana tempatan mengukuhkan aktiviti perniagaan rentas sempadan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053077 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list