CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Sepanyol buat Scotland gigit jari

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ALICANTE (Sepanyol): Malam yang menjanjikan penuh drama berakhir dengan kekecewaan buat Scotland apabila tewas 3-1 kepada Sepanyol menyebabkan mereka berada di tangga ketiga Kumpulan I dan melenyapkan peluang beraksi di play-off Euro 2012. Dua jaringan pada babak pertama pemain Manchester City, David Silva dan David Villa sudah cukup buat Sepanyol yang berada di tangga teratas kumpulan dengan rekod 100 peratus daripada lapan perlawanan.\n\n\n\n   Gol sagu hati Scotland hadir menerusi sepakan penalti David Goodwillie pada minit ke-64 selepas Victor Valdes menjatuhkan Steven Naismith. Sejurus itu jurulatih Sepanyol, Vicente Del Boque terus merumuskan gaya dan falsafah pasukannya. \n\n\n\n\n\n   “Berhadapan dua bahagian tengah yang besar tetapi dua pemain kami yang lebih kecil mampu menjaringkan gol,” katanya. Silva yang mempamerkan aksi memberangsangkan buat Manchester City musim ini berkata, dia memperoleh formula untuk memulakan rentak awal bersama pasukan kebangsaannya.“Saya hanya perlu meneruskan corak permainan seperti itu,” katanya. “Kami saling bertukar hantaran dan bermain dengan baik, jadi kami sangat gembira.” – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.262682 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list